Thursday, July 17, 2008

Ku Bersyukur

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Note to my dearie blog reader;
Entry kali ini, I tujukan khas untuk diri I sendiri, sebagai peringatan untuk diri I sendiri. tak terniat langsung di hati ini untuk menunjuk atau riak. Tapi, terpulanglah kepada interpretation masing masing. Apa yang bakal I tuliskan, hanyalah bebelanku terhadap diriku sendiri.


Kebelakangan ini, aku sering bersungut/mengeluh/komplain "Tak cukup ini, tak cukup itu, tak dapat ini, tak dapat itu". Hampir setiap hari aku bersungut, hampir setiap hari aku mengeluh. Berapa kali kah aku penjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmatnya ke atas diriku?Amat jarang sekali.......

Lumrah manusia, selalu melihat pada apa yang dia tak ada, tapi jarang sekali mensyukuri apa yang dia ada. Ampun kan diriku ini YaAllah, di atas kealpaan ku mensyukuri nikmatmu terhadap ku. Kalau nak dihitung hitungkan, terlalu banyak rahmatmu terhadapku...tapi aku yang buta, tak melihatnya dan menghargainya. Ampun kan diriku ini YaAllah.


Sekurang-kurangnya, aku ada rumah. Walaupun rumah apartment, bukan villa yang indah. Tapi rumahku complete, ada semua keperluan asas walaupun tak semewah rumah orang lain.

Dapur, walaupun kecik, kitchen cabinet yang murah saja tapi;

1. Ada rice cooker, walaupun rice cooker tu dah berusia 12 tahun (beli masa baru kawin dulu), at least masih boleh pakai. Tak payah tanak nasik atas dapur, tekan jer, nasik dah masak dan nasik tak akan hangus.

2. Ada kettle letrik, tekan jer, tak payah tunggu tepi dapur, air dah masak dia off sendiri.

3. Ada oven, senang nak panas kan makanan kalau malas masak.

4. Ada peti sejuk, walaupun petisejuk buruk, dalam peti tu ada stok makanan cukup untuk seminggu bagi kami berdua. Jarang sangat peti sejuk tu kosong tanpa makanan. Bayangkan, di luar sana ada orang yang tak cukup makan.

5. Ada mesih basuh. Walaupun cuma jenis top loading, bukan side loading dan brand Elextrolux seperti yang ku idamkan, tapi boleh basuh baju jugak. Masuk jer baju dalam mesin, taruk sabun, 'on'...lepas tu gi surfing internet...tau tau..dah siap, tinggal lagi sidai baju jer. Tak payah laa angkat baldi, pergi basuh baju kat tepi sungai.

Ruang tamu, walaupun ruangnya terhad, tapi ada meja makan, tak yah laa makan bersila atas lantai.

Rumah 3 bilik, hanya untuk 2 orang. Tak cukup kah? Lebih dari cukup kan?

Look Azila, you have nothing to complaint. Why you keep complaining? Why? Why?

Aku juga komplain, dulu pakai Honda, sekarang pakai Myvi saja.... Yer laa, aku tengok kereta kereta yg parkir sekitar rumah, BMW, Honda, Murano, Camry dan segala mala lagi...rasa macam Myvi tu kecik sangat. Ekceli, banyak jugak Myvi yg parkir kat basement tu. Tapi aku nampak kereta kereta yang lebih besar jer. Tidakkah Myvi pun kereta jugak. Lagi jimat minyak berbanding kereta besar lain. Tapi mata ni amatlah jahat, asyik merenung bulan, sedangkan bumi yang dipijak lagi indah berseri. Tak nak hargai.

Kebelangan ni, I selalu pulak bersungut sebab tak dapat bercuti di resort. Aku nak ke sana lah, aku nak ke situ lah....Aku selalu berdoa supaya aku dapat pergi, tapi tak dapat jugak pergi. Aku frust, aku kecewa ...aku marah, aku salahkan sebab tak cukup duit lah, tak der masa laa, dan macam macam lagi aku salahkan. Adakah Allah tak makbulkan doaku? Tidak...sebenarnya, Allah telah memakbulkan doaku lama dulu, sejak aku balik ke Malaysia, Allah dah beri apa yang ku hajatkan... Cuma aku yang buta.

Tempat yang ku ingin pergi, sebenarnya ada di depan mataku. My house..yes my house. Aku tak payah pergi jauh-jauh. Bodohnya aku Ya Allah sebab tak melihat pemberianMu, tapi asyik bersungut.

Azila, lihatlah sekelilingmu, tidakkah rumahmu kelihatannya seumpama hotel? Walaupun pukan 100% resort/hotel. Look at the photo below, does the building look like a hotel? Err...memang la bukan 5 star hotel, but three star hotel may be. But it is enough rite? Kenapa kau buta Azila? Kenapa kau tak buka mata kau?


Lumrah manusia, "Halaman orang nampak berseri, halaman sendiri berwarna warni, tak tau nak hargai"


Look at this view Azila, does it look nice? All you need is just walk around.....


Azila, bersyukurlah, you live in a safe compund, complete with security. Sedangkan orang lain ketakutan dengan kes kecurian yang kerap berlaku kebelakangan ini. But you are living in a safe compund. Masuk saja ke compound, kau disambut dengan deruan air pancut. Bunyinya sungguh mendamaikan.

This the second safety door to your own block. People from another block cannot get in your block without your approval. Bukankah kau sukakan privacy? Kau tak suka juru jual datang ketuk pintu rumah jual itu jual ini. You got it Azila.... Apa lagi kau nak? Belajar lah bersyukurlah Azila.

This is the garden inside your compound, may be it is not as beautiful as Swiss Garden Resort, but it is cosy enough.

Belajar lah bersyukurlah Azila, Sesungguhnya Allah boleh menarik balik segala nikmat yang ada ini dengan sekelip mata kalau Dia nak. Hargai lah dia sementara kau masih memilikinya. Sesungguhnya nikmat dunia ini hanya lah sementara sahaja......



Ini lagi satu taman di sekitar compund. Kau boleh mangambil angin dengan bebas tanpa risaukan keselamatan sebab in dalam gated area.


Look at this pathway...you can have a walk sambil menikmati keindahan landscaping. Pohon pohon hijau yang tak dapat kau nikmati masa di Doha dulu. Bukan kah ini satu nikmat?

Satu lagi taman, dibuat ala ala mini hutan tropica.




The swiming pool, complete with jacuzzi...apa lagi kau nak Azila? And also, there is a gym. Tidakkah apa yang ada di sini, ada di resort? Belajar lah bersyukur Azila. Bersyukur atas nikmat Allah. Jangan lah hanya bersungut saja....

Ya Allah, pada hari ini, aku panjatkan kesyukuran kapada Mu, diatas segala nikmatmu terhadapku. Bukakan lah hatiku agar tahu bersyukur...Aku berlindung dengan Mu dari hanya bersungut, itu tak cukup, ini tak kena, itu tak betul. Ampunkan lah kealpaan ku Ya Allah.

SESUNGGUHNYA, ENTRY INI, HANYALAH UNTUK MUHASABAH DIRIKU SEMATA MATA. SEBAB SETIAP KALI I BUKA INTERNET, WEBSITE INI YANG KELUAR DULU. JADI, I AKAN BACA, DAN BACA, DAN BACA UNTUK MENGINSAFI DIRIKU SENDIRI.

Kepada my dearie blog reader, marilah kita sama sama muhasabah diri kita...belajar bersyukur dengan nikmat Allah terhadap kita.

8 comments:

Cybernetics Mind said...

emmm....mmg ler lumrah manusia cam tu, tidak mensyukuri apa yg ada tetapi resah dgn apa yg tiada...

manusia akan lebih mudah menghargai setelah kehilangan apa yg ada....macam kesihatan tubuh badan kita, bila dah sakit barulah kita paham erti nilai sebuah kehidupan yg sehatttt

jom kita sama2 muhasabah diri :)

Cybernetics Mind said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

cantik taman tu.. tak yah gi resort kan ..

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

Azila i selalu dok kata dengan my hubby..bila balik M'sia beli rumah macam u lah...I suka betuul area tu tau..mak cik dok kata beli rumah besar 2 tingkat la..I cakap xnak..besar-besar..kecik pundah rasa selesa.

Teringin betul dok rumah yg ade security gated, almaklumlah M'sia sekrg ni x macm dulu...Biar kecil takpe...yang penting dekat dengan facility.

Oh yea..kalau u nak jual rumah u tu...tanye kitaorg dulu yek... ;-)

Rasanye sekarang rumah2 kat area situ rega dah naik kan...cam x mampu jer nak beli..

ummu asiah said...

Aina..Azila..hhmm...best..best yr hse and the area tu...semua ada..taman..hutan tropika..gated area..paling best and of course bukan semua orang dapat is the swimming pool, jazuzzi n gym...boleh akak pi menumpang..
Mesti kita tinggal quite berdekatan jugak kan..since aina mengajar anak ummi365 kan..boleh la pi menempek berangan kat tepi kolam tu..

Aina@Azila said...

CM> tu laa...asyik bersungutt jer. Berapa kali sangat laa i ucapkan syukur :-( Thanks for the nice words.

Ummi> Memang tak yah gi pn, tapi gatal jugak nak pegi. Nafsu jahat kan.

Aida> I pun tak gemar rumah 2 tingkat. penat naik tangga. harga rumah ni jangan cakap laa..strategic location pulak tu.

Ummu asiah> datang laa...boleh bawa asiah datang mandi sekali. sekarang dah ada swimming suit muslimah. kat sini tak ketat sangat undang2 pakaian mandi dia, sebab banyak anak arab tinggal kat sini kan. boleh kita beramah mesra.

Anonymous said...

azila or aina... area ni di mana? cantik nyer surrounding dia..... mahal tak kondo di sini ?

عيديد said...

I rasa ni mcm kat Sri Maya.. Entah lah tapi cantik dan selesa.

Akak, tak perlulah nak dengar apa org nak cakap. Sekurang2 nya kita berbangga dgn apa kita ada hasil usaha keluarga kita. So tak salah share..

Next year rumah saya siap saya akan cadangkan satu dunia sbb itu hasil titik peluh sendiri kan. Something yg kita boleh banggakan At least bila bukak blog kita kat office, tgk rumah sendiri rasa satu kepuasan kan..

P/S akak memang best !