Wednesday, April 8, 2009

Sakit Apa?

Itu la FAQ yg orang tanya bila I masuk spital. Sebenarnya sampai hari ni I masih tak tahu sakit apa, tapi I amat pasti ianya bukanlah satu penyakit yang serius.

Tentu ada yang tanya, kalau dah rasa tak serius kenapa nak pergi spital? Sebab I ada pengalaman misdiagnosed sometimes in year 2003. Masa tu I rasa lebi kurang sama macam I rasa sekarang. I jumpa sorang physician lelaki di hospital yang sama I pergi baru-baru ni. He told me,

"You sebenarnya tak sakit apa-apa, apa yang you rasa hanya lah psychological sickness sebab stress ... hanya perasaan you saja kata you sakit"...

So, ok laa... I terima lah statement tu sebab "doktor lelaki itu" seorang specialist. Diringkaskan cerita, sampai lah masa I nak buat 'lap & dye' nak test infertility kat HUKM. Masa procedure tu, bila doktor tebuk jer perut I, dia terkejut bila tengok ada infection dalam rahim I, dah penuh merah sampaikan doktor terpaksa buat major surgery, macam c-section tu sebab nak cuci semua infection tu. Procedure yang sepatutnya tak sampai setengah jam, jadi 2 jam lebih. Kata infertility doctor tu, my fallopian tube was blocked dek kerana infection tu.
Rupanya, yang I dok rasa demam tak demam sebelum tu ialah sebab body I berlawan dengan bacteria tu. Body I keep berperang dengan bakteria tu ... menang, kalah, menang, pas tu kalah lagi... sebab tu laa i kejap demam kejap baik.

Jadi pulak cerita, doctor infertility tu tak ambik pulak sample infection tu nak tau apa jenis infection tu, apa punca dia segala. Lepas operation, doktor tu sbuk nak investigate tanya I pulak, macam mana boleh jadi macam tu. Apa laa ngok doktor tu. Mana la I tau, dia laa kena bagitau I sebab dia doktor dan dia yang tengok infection tu. Hishhhh... tension I.

Alhamdulillah, lepas surgery tu, I sihat. Tapi... sebulan kena rehat. Yer laa kena operate macam orang beranak..bukan kecik kecik operation... lebih kurang 3 ke 4 inci kot. Sejak tu I bengang dengan specialist lelaki tu.

Since then I dont really trust doctor. Kalau I dah tak tahan sakit, baru I gi jumpa doktor.. biasanya I akan dapat pain killer. I berhenti buat infertlity test till I was at Doha in 2007, you can read here Part 1 and Part 2.

Begitulah alkisahnya. jadi bila perkara ni berulang, sure I nak check betul2. Bila I rasa sore troat, fever on and off, body pain .... mesti ada sakit di mana mana.
From wikipedia "A fever is considered one of the body's immune mechanisms to
attempt a neutralization of a perceived threat inside the body, be it bacterial
or viral."

Tak sangka laa pulak bila I ke hopsital kali ni I di tahan. First reason I d tahan sebab platlet I rendah... 115000 (normal 100k to 400k). Tapi, I puas hati sebab doktor perempuan yang rawat I kali ni check I betul2 and monitor my BP and temperature closely. My BP was stable but my temperature flactuate... kejap demam kejap baik. Tapi tak demam kuat, temperature takat 38degC saja. 3 kali darah I di ambik oleh "Miss Dracula", gelaran I bagi kat nurse yang ambik darah I tu. Bila I nampak dia datang jer I kata "Alamakkk... Miss Dracula is coming". Dia ketawa bila I panggil dia Miss Dracula.

Sampai hari ini, I tak tahu lagi sakit apa. Tunggu 15 April for the detail blood test result. Am strongly believe that I tak ada penyakit yang serius. How I believe it? I dont know, I just believe....

3 comments:

kumi lala said...

kadang2 terasa jugak,dahlah jadi orang perempuan lemah,ditambah pulak sakit itu ini,saya ni masa zaman membesar dulu suffer senggugut yang kronik,ubatnya pergi klinik je la amek injection.sampai ada doktor pernah cakap: macam sakit org nak bersalin awak ni.kadang kadang jadi trauma sampai berangan bila kawen tanak ada anak sebab kesian takut dia kene mcm saya.bila dah dewasa dulu selalu tak sihat,selalu demam,tak lalu makan,badan selalu sejuk mcm mayat sebab depression 2 tahun lebih(tak sedar terkena depression).sekarang ni merana gastrik.lepas ni ntah apa pulak sakit mendatang.mintak mintak dijauhkan pembunuh no1 wanita.kengkadang terasa naper la sengsara sgt idup sebagai perempuan

Aina@Azila said...

tu laa kumi lala, sebab tu agaknya orang kata "orang perempuan ni kuat" sebab orang perempuan mampu tahan sakit. seems like we sharing the same problem. huhuhuhu

Anonymous said...

Hai,

i sebenarnya tgh cari2 fesyen utk baju raya... sekali termasuk lak blog you. Anyway, i terbaca pasal you and your problem, similar like mine, tp Alhamdulillah... I dah better now... my advise is, please stop taking drugs... i dah 7 kali operate... tp cycst still datang lagi... ada kidney stone pulak sebab makan ubat sampai lebih 10 tahun... bila doctor tu dah takde idea... dia kata i depression pulak... so i decided to stop pg jumpa doctor.. skrg i pg bekam every month and amalkan madu habbatussauda'... Alhamdulillah... dah bertambah baik... maybe you nak cuba... just my 2 cents... kalau nak delete pun takpe... all the best :)