Thursday, December 14, 2006

Dengki vs Beta Blogger

Semalam, semasa I melawat blog blog orang, I dapati ramai menggunakan Beta Blogger. Dan I pun, dengan hati yang dengki, tangan yang gatal ini tanpa berfikir panjang, telah meng'click' kat bahagian untuk upgrade ke Beta Blogger. Sebenarnya I pon tak tau apa dia beta blogger tu, tapi tengok orang ada Beta Blogger, I pon nak Beta Blogger. Dulu, tengok orang ada blog, I pon nak create blog walaupun I ni tak pandai menulis dan mengarang. Masa trial SPM dulu Bahasa Malaysia kantoi sebab fail karangan, nasib baik masa real SPM lepas.....

Lepas dah ada blog, tengok orang ada jam, I pun godek sini godek sana cari macam mana laa nak taruk jam ni. Tengok orang ada Noecounter, I pun nak jugak taruk Neocounter..jalan la Neocounter I tu dua tiga hari, tapi pas tu Neocounter I tu tak jalan pulak. Tak tau la kenapa. Tak pa, nanti bila bila ada mood, I godek lagi apa yang tak kena dengan Noecounter I tu. Buat sementara waktu ni, biarlah dia jadi perhiasan dulu. Nasib baik la rupa dia cantik, ada matahari bersinar dan kumbang terbang.

Alahai, susahnya nak godek komputer ni.
(Matilaaa aku kena marah dengan Bapa Kucing sebab pakai maskot dia. Sory la, tak jumpa gamba unta baiki komputer laa...)

Memang I mengakulah, I ni lembab bab komputer ni, masa belajar dulu pun, nasib baik laa boyfriend I (sekarang ni dah jadi husband) yang tolong masa subject programming. Kalau tidak, sure kena repeat paper. Tapi perasaan dengki ini telah memotivasikan I.

I ni, memang dengki sikit, tengok orang ada, I pon nak jugak. Tapi dengki I bukan lah dengki sampai nak jatuhkan orang, macam cerita sorang blogger tu, jiran dia siram pokok bunga dia dengan clorox....Hishhh..I tak macam tu....Tak baik tau... Dengki I dengki yang positive (angkat bakul masuk sendiri). Kerana dengkilah, I ada blog ini walaupun ia tak sehebat blog orang lain. Tapi tak pa...janji, orang ada, i pon ada...dan yang paling penting I tak merosakkan harta benda dan menjatuhkan sesiapa pun, dan tak siram blog orang dengan clorox. Dan dengan adanya blog ini, I dapat ramai kawan baru. I'm sooo happy.

Berbalik kepada cerita Beta Blogger tadi, disebabkan I upgrade ke Beta Blogger tanpa soal selidik, rupanya, ada kawan kawan I yang bukan Beta Blogger tak boleh komen mengomen kat blog I ni. Kepada kawan kawan I tu, I nak minta maaf laa...Beta Blogger ni once dah upgrade, tak boleh downgrade lagi. Tinggal massage @ komen @ komplain kat cbox saja lah yer. Nak buat macam mana kan?


Sekian dulu untuk kali ini.

9 comments:

Belladonna said...
This comment has been removed by the author.
Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

okay lah tu dengki cara baik....
menaikkan semangat kita...
bagus..bagus..i sokong u...
aina at least mengisi masa lapang u n menghiburkan u.
Kita nie bila dah terdesak akan berusaha untuk dapatkan sesuatu yang kita nak..

Belladonna said...

Babe, i changed to beta just for the sake of wanting to post comment on my beloved friends blog :) But its not tht bad jugalah.

Active X tu actually is a "set of rules for how applications should share information." Function dia lebih kurang cam java jugalah to enable you to view certain things on ur web.

I got your email, just finish reading it, i will reply it accordingly :) Take care Aina

Aina@Azila said...

Thanks a lot bella.

mama irfan & dalili> marilah kita sama jadi surirumah moden. takkan nak perperosok kat dapur jer kan?

Pakteh said...

Ya la, saya pun sudah upgred kepada versi BETA. Memang banyak kelebihannya, boleh jadi macam wordpress.

Sebelum ini saya terfikir nak buat blog guna wordpress, tapi bila dah ada blog beta ni, nampak gayanya masih still guna blogspot la.

~aNNa~ said...

aina, actually mmg byk kelebihan & kesenangan menggunakan beta blogger. tapikan tatau le nape lately punya la maha payah menggunakannya. i have to memorize d coding kalo nk post entry. sbb i dun hv format yg normal itu. yg ada format html.udah le aku ni buta IT. maka bersusah payah giler babas every time nk menghaplod entry esp pic! tapi takpe, i akan ttp godek pc i tu even sampai meletup!

Unknown said...

komen tu boleh u ols, cuba tgk mak, mak guna Haloscan utk mengomen..semua org boleh mengomen tak kira blogdrive kaa, blogspot lama kaa, blogspot beta kaa..blogspot hamba kaaa..semua buleh! Bloggers Boleh!!! :)

p/s cian nengok kucing tuh kepala terpele-ot...hahahah oopsss..tak baik ketawakan kucing

~BiGcITy~ said...

holaaaa...

betapa la susah cek nak mengomen... ntah apa2 yg dimintaknyeee... setia ku disini bersama blogdrive... klau lagi sekali blogspot buat gini, cek bakar dia... huhuhu!! hemo...;p

askum kak aina... sehat?? dah makan... adeh...

~aNNa~ said...

aina just curious.r u serius in knowing bout HL? if yes, maybe i can ask my distributor to 'talk' with u.