Bila I beritahu I tinggal di Abu Dhabi, ramai yang tertanya- tanya, "Abu Dhabi? Kat mana tu?". Kemudian, I cakap "Hmm..dekat Dubai". So, orang pun respon.."Ooo..ooo u tinggal kat Dubai". Tak cukup dengan itu, di tanya lagi, "Abu Dhabi tu kat Dubai yer?"; "Tak? Jadi, Abu Dhabi dan Dubai tu negara lain-lain ker?"; "UAE tu apa? ...macam macam soalan.
Ditambah pula bila I cakap I nak pindah ke Doha, Qatar. "Oooo...you nak pindah Doha, hari tu husband you kata nak pergi Qatar?". Jangan kan orang kat Malaysia yang kat Malaysia, orang Malaysia yang kat sini pun ada yang konpius Doha dan Qatar.
Memang, seingat I, masa belajar Geografi kat sekolah dulu, kita tak belajar sangat pasal Timur Tengah ni. I sendiri pun, kalau tak kerana datang sini, blurr jugak. So, hari ini, I nak bercerita la sikit pasal Timur Tengah a.k.a Middle East ni. Minta maaf lah yer, hari ni I jadi cikgu Geografi sekejap :-) I tak pandai jadi cikgu, but I will try my best. Hopefully, my explaination will give you a better picture about UAE, Abu Dhabi, Dubai, dan Doha.
Baiklah anak anak murid semua, sila lihat Rajah 1 di atas. Rajah 1 di atas menujukkan lokasi UAE di peta dunia. Ia terletak di bucu Semenanjung Arab, bersempadan dengan Saudi Arabia dan Oman pada koordinat 23° 49 North, 54° 20 East.
Siapa tahu apakah itu UAE, angkat tangan?....Hmmm tak dak orang angkat tangan pun. Tak per lah anak anak murid semua, UAE itu ialah singkatan dari 'The United Arab Emirates' atau dalam bahasa Melayu nyer 'Kesatuan Arab Emiriah'. Ia terdiri dari 7 emirates ataupun kalau kat Malaysia kita panggil 7 negeri iaitu;
1) Abu Dhabi,
2) Dubai,
3) Sharjah,
4) Ajman,
5) Umm Al Quwain,
6) Ras Al Khaimah, and
7) Fujairah.
UAE merangkumi keluasan 83,600 kilometer persegi (square kilometers), kecil sedikit dari Semenanjung Malaysia. Sebahagian besar dari UAE ini merupakan padang pasir yang tandus.
UAE ini mengamalkan sistem beraja, di mana setiap emirate mempunyai rajanya sendiri yang di panggil Sheikh (kat Malaysia kita ada Sultan). Abu Dhabi di kuasai oleh keluarga Al-Nahyan, manakala Dubai dikuasai oleh keluarga Al-Makhtom. Sekarang, Sheikh Khalifa Al Nahyan (raja Abu Dhabi) dilantik sebagai President UAE, sementara Sheikh Muhammad Al Makhtom (raja Dubai) dilantik sebagai Vice President UAE. Maaf lah anak murid, nama keluarga diraja bagi 5 emirates lagi tu Cikgu tak tahu....
Ahli keluarga Al-Nahyan dan Al-Makhtom ni memang la hensem. Cikgu suka sangat tengok surat khabar di sini sebab selalu di siarkan gambar Sheikh Sheikh yang hensem itu....alahaiii..melalut la pulak cikgu ni. Terkeluar dari topik...Kita belajar apa tadi? Geografi yer...OK.
Rajah 2: Peta UAE.
Baik lah anak-anak murid semua, sekarang kita lihat Rajah 2. Rajah 2 di atas pula menujukkan Peta lokasi bandar bandar utama di UAE. Maaflah yer, dalam peta di atas Dubai di eja sebagai Dubayy dan Al Ain pula di eja sebagai Al-'Ayn. Abu Dhabi merupakan ibu negara UAE, tempat di mana letaknya pusat pentadbiran, ibu pejabat ibu pejabat, kedutaan-kedutaan dan sebagainya. Manakala Dubai pula merupakan bandar kedua bagi UAE dan menjadi pusat perniagaan (business town). Tetapi disebabkan Dubai mebangun lebih cepat, jadi orang lebih mengenali Dubai berbanding dengan Abu Dhabi. Jarak antara Abu Dhabi dan Dubai lebih kurang 160km ataupun satu jam lebih memandu kereta. Buat pengetahuan, kat sini, highway dia boleh speed up to 140km/h. Tak macam kat Malaysia 110km/h saja.
Dalam Rajah 2 di atas juga, boleh di lihat di sebelah kiri UAE ialah negara Qatar yang berbentuk semenajung itu. Ibu negara Qatar ialah Doha. Nanti Cikgu nak pindah ke situ laaa.....Bila Cikgu pindah ke sana nanti Cikgu akan ceritakan geografi Qatar pulak. Tapi, raja kat Qatar tu Sheikh Hamed Al Thani tak hensem..gemok..tak best la nanti nak tengok surat khabar.
Rajah 3: Peta Bandar Abu Dhabi.
Berbalik kepada pelajaran kita tadi, Abu Dhabi ialah ibu negara UAE dah di sinilah Cikgu tinggal. Rajah 3 di atas menunjukkan peta bandar Abu Dhabi. Bandar Abu Dhabi ni terletak di sebuah pulau dan ia dihubungkan dengan tanah besar melalui 2 jambatan.
Bandar Abu Dhabi ni memang cantik dan teratur. Lihatlah, jalan- jalannya lurus saja dan berkotak kotak. Rumah Cikgu terletak di bucu atas kanan, dekat dengan Abu Dhabi Mall.
Sekian dulu untuk pelajaran hari ini. Sebagai bacaan tambahan, murid murid boleh lah rujuk blog Irfan Dalili di bawah tajuk Trip to Musandam, Oman - 23 Dec 2006 untuk melihat gambar gambar perjalanan Irfan dan Dalili ke Ras Al Khaimah dan Oman. Memang menarik....
Nota tambahan;
Semasa I publish entry ni, suara takbir Aidil Adha sedang berkemandang (maaf yer, kami raya 1 hari awal dari orang Malaysia), dan CNN menyiarkan berita hukuman gantung ke atas Saddam Hussein dan adiknya di laksanakan. Innalillah hi wainna ilaihi rajiun. Manakala Bush tersenyum lebar sambil berkata "Good Progress".....Sebak rasanya. I dont know the truth, mungkin betul Sadam ada salah. Tapi Bush tu lagi hanjengg, serang and bunuh orang suka hati dia saja, berpuluh ribu orang mati. Siapa Bush tu nak judge Saddam? Kenapa Ehud Olmert Prime Minister Israel hantu raya tu lepas bebas selepas apa dia buat pada Palastin dan Lubnan.
TO ME, SADDAM SHOULDN'T BE EXECUTED ON THE DAY OF EID, MUSLIMS MAJOR RELIGIOUS DAY!!!! This is an insult to all Muslims.



4 comments:
u ols, sedikit komen mengenai keluarga diraja Al Thani nih..one of them used to (or may still) study English language kat Cambridge kat sini (one of the prince)...and not just that, he used to be one of our neighbours too; an apartment right below ours!!! Tapi bebudakl arab ni suka sangat buat bising; ye lah, freedom kot sebab mak bapak takde nak kawal depa!! LOL
Seriously..love this entry..especially the facts, figures and maps!!!!! Thx dahlink!
Oh ye, berkenaan saddam's execution tuh kan... u r absolutely right..whilst saddam was a bad person killing his own people, all the PM's of Israel & Bush ittew lagilaaa binatsss membunuh manusia yang tak berdosa demi atas nama KEAMANAN katanya..macam hanjsss! Semoga Bush akan mati dengan keadaan kehinaan juga...insyaAllah!
Lee, wahhh...u ols berjiran dgn Prince AlThani. Hensem tak dia?
He he abt this entry, u ols rasa I boleh jadi cikgu geografi tak? *sambil senyum malu....
Pasl Bush and Olmelz tu, grrr...klu i ada ilmu invisible, I nak pegi kerat kerat lemang die org masa die org tidur..Biar die org suffer sampai mati...
Waa, keless ko nyah! Mak suka entry ni, very informative.Aku rasa kalau ko jadi cikgu geografi, dah lama aku score A1. Now i get a better picture on where u live :)
Emm, aku sedey bila manusia pepandai amik nyawa manusia lain yang lemah (Aku Insan yang Lemah, hanya mampu berserah..marahlah kak rohana jalil). Aku takut karma.
Tuhan lebih mengetahui kenapa this things happened. I hope in near future, dunia kita akan lebih aman :) So dont lose hope :)
Post a Comment