Saturday, December 16, 2006

Gonna Miss Abu Dhabi

Hmm...mood I dah ok sikit. I dah mula sorting out barang yang nak di bawa pindah dan apa yang nak just let go jer. Tetiba rasa sedih la pulak..., ye lah kerana I rasa I akan merindui Abu Dhabi. Dulu, I selalu komplain pasal rumah I kat Abu Dhabi ni, kecik laa, perabut tak cantik lah itu lah ini lah. Tapi, bila dah sampai masa I hampir tinggal kan Abu Dhabi, baru I realise, I tinggal di tempat yang paling strategik. I tak pasti adakah I akan dapat tempat yang stategik seperti ini di Doha nanti.

Di Abu Dhabi ni, kita orang tak ada kereta sebab kita orang rasa tak perlu adanya kereta. Why? Office my hubby just 10 minutes walking distance from our flat. Di bawah rumah (ground floor of our building) ada supermarket, Fathima Supermarket namanya, tapi I selalu panggil 'Kedai Kak Timah'. Kiranya, tengah tengah masak, tetiba perasan bawang habis, sempat lagi la lari turun bawah beli bawang dan naik sambung masak. Kedai Kak Timah ni macam-macam ada...barang basah, barang kering, sabun segala, peralatan dapur, tuala, pakaian dalam pun ada pun ada (utk kes kecemasan jer laa)... Kedai Kak Timah ni, satu lagi kelebihan dia, kalau I shopping banyak, ada porter tolong bawa barang ke rumah. But this service is only for ladies, kalau husband ikut, jangan harap la dia nak tolong. Laundry pun di bawah rumah. Kalau malas gosok baju, hantar ke bawah jer.



The building of my house. Rumah I kat tingkat 16.

Fathima Supermarket, di bawah rumah kite orang.

Abu Dhabi Mall.

Rumah I dekat dengan Abu Dhabi Mall, cuma 10 minit jalan kaki lenggang mak limah, kalau briskwalk lagi cepat laa. Abu Dhabi Mall ni besar la jugak with over 220 stores full of the latest international fashions and designs. Ada lebih dari 40 food outlets dan juga family entertainment termasuklah cinema.

Above is the view in front of my house. Kat sini, semua bangunan di bawahnya ada kedai, boleh dikatakan apa nak semua ada, kedai roti, restoren pun banyak, ada Beauty Palace yang jual segala branded Fragrances & Skin Care.... banyak lagi kalau I nak senaraikan. Everything is just walking distance from my house. Kalau kite orang nak pergi jauh sikit, teksi bersepah. Tunggu tak sampai 5 minit dah dapat teksi (masa peak hours tu lama sikit laa..) dan harga teksinya pula amatlah murah. So far, tak pernah lebih Dhs10 (~RM10). One more thing, teksi kat sini walau pun dekat dia tetap bawa. I pernah ambik teksi dari Abu Dhabi Mall ke rumah (yang hanya 10 minit jalan kaki) sebab hari tu I shopping banyak.

Main enterance @ lobi kat rumah I, nampak cantik dan sentiasa bersih.

Haa... inilah rumahku syurgaku, di Abu Dhabi. Tempat kite orang berteduh dari hujan dan panas. I punyalah tak puas hati dengan furniture dia. Tapi apa nak buat, rumah ni fully furnish. It just 1 bedroom flat. Nak cari rumah lain kat Tourist Club Area ni punya lah susah. Dalam tak suka, 11 bulan la jugak kite orang duduk kat rumah ni. Nak tahu berapa sewa dia? Dhs4,500 sebulan (~RM4,500 sebulan). You all rasa, kalau kat KL, dengan sewa RM4,500 sebulan, rumah macam mana I bolah dapat?



The view from my house, tingkat 16. Masjid tepi rumah. Itu pun kekadang tu, boleh tak dengar bunyi azan subuh, memang la syaitan dah masuk dalam telinga..


The view of Abu Dhabi, Jungle of Concrete.

Another view of Abu Dhabi.

Abu Dhabi, I'm going to miss u.

12 comments:

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

but do remember... u still have friend in abu dhabi. abu dhabi dgn doha dekat jer... naik kete baru 5-6hr... naik plane lagiiii cepat.

Aina@Azila said...

Yes, off course am gonna miss all myfriends here. U, kak shidah, kak izah faezah etc...
Klau i datang abu dhabi nanti, i tumpang kat umah u yer....

Anonymous said...

madinat zayed gold souq won't be the same without u ok. i wish u all the best in doha ok!

Belladonna said...

Nok, dengan harga sewa umah ko camtu.. ko boleh duduk dekat area KLCC in a 2 or 3 bedroom condo!

Sampai Doha, amik banyak gambar nok..mrasalah mak tengok rupa doha ni cemana :)

~BiGcITy~ said...

selamat berpindah kak aina... klau ada bilik kosong, mrasa ajak big sekali nah... ngehehehee!!

~aNNa~ said...

huhuhuu 4500 cuma 1 bedroom sahaja kaj??? omg!!! mahal nak mampu*
btw, selamat di tempat baru yer

Lea Dzahir said...

omg... 4500.. it as if buleh rent a bungalow house for 2 or 3 months kot..(dulu masa duk Alor Star ..bungalow house rm900/month).. huhu~ or maybe leh duduk kat kondo di mont kiara area ker.. heee.. gaji kite pun x sampai manyak tu..hihi~

Unknown said...

Giler mak aihh mahal..boleh mengalahkan Cambridge ni u ols...kat sini pun one bedroom apartment leh cecah lebey kurang that price jugaks :P

Chanteque laa Abu dhabi tu..mak sker tall buildings...nak nak kalau apartment tinggi tinggi..mak sker!! :)

Good luck u ols ke tempat baru....semoga sukses di destinasi berikutnya :)

Aina@Azila said...

Suhada> so sad tak dapat pass umah ni kat u.

Bella> Bestnyer, jawabnya hari2 lepak kat Gloria Jeanslah ke ke ke, boleh kacau Fredy.

Mama Irdina & Azalia > harga tu memang tak padan dengan rupa rumah dia kan? Furniture cam umah nenak I kat kampung jer...

Lee> Klu u ouls nak tau, Abu Dhabi ni juga di gelar Mahattan of Middle East.

* a lot more pic coming..I nak postkan semua kenangan I kat Abu Dhabi kat blog ni.

Aina@Azila said...

alamak..tertinggal pulak komen adik aku sorang ni. holla BIG..mai lah ikut sekali.

~BiGcITy~ said...

hahahaha...

nasib baik la kaaan kak aina... cek hampir2 sentap *sambil bungkus kain baju nak balik korea...* kekeke!!

Unknown said...

Aina, mak ada pantun utk u ols:

Min Aina Ila Aina
Min Abu Dhabi ila Doha
Selamat berpindah wahai Aina
Moga next year sukses sentiasa

**matilaaa pantun tak menjadik :P