Wednesday, June 18, 2008

Lelaki dan Wanita Berbeza

Semalam, I keluar window shopping dengan adik angkat I, Cik Penyu. Sedang kite orang membelek belek bedsheets kat satu kedai tu (lama jugak laa...), tiba tiba masuk sorang lelaki, terus cakap kat pembantu kedai tu

"Saya nak bedsheet jenis yang ni, warna apa ada?"

Pembantu tu tunjukkan koleksi yg ada, tak sampai seminit, lelaki tu kata "OK, saya nak yang warna pink ini"....

Lepas tu lelaki tu tambah "I want the matching pillow case". Pembantu kedai tu pun tunjuk kan beberapa contoh.. tak sempat pembantu kedai tu tunjuk semua, lelaki tu kata "OK, I want that one. Berapa harga semua?"

Sementara mebayar, lelaki tersebut toleh ke arah I dan Cik Penyu sambil berkata (kite orang tak tanya pun, dia yang terlebih peramah..), "I belikan untuk isteri I. Orang lelaki can shopping with in 5 minutes, tapi kalau orang perempuan shopping berjam jam".

Eh, lelaki ni menyindir kite orang ker? Yer laa dah duduk lama kat kedai tu tak beli apa apa lagi. I pun menjawab, "Orang pompuan ni, kalau boleh, bedsheet ni nak matching kan dengan langsir, dengan warna dinding".

Lelaki tu jawab," Tu la pasal, orang pompuan ni fikir banyak sangat. Cadar untuk alas tilam, bantal untuk tido..itu jer". Lepas bayar, lelaki terebut pergi, tapi I dengan Cik Penyu masih lagi dok membelek belek cadar cadar kat situ. At last tak beli apa apa pun.....

Itu lah, antara lelaki dan wanita. Sama-samalah kita renung sejenak dan berfikir...

  • Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
  • Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
  • Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
  • Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
  • Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
  • Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
  • Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar.
  • Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.
  • Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
  • Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka, lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.
  • Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.
  • Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
  • Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
  • Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza.
  • Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat.
  • Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya?Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
  • Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah, dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan...... kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan.
  • Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
  • Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja.
  • Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
  • Akuilah lelaki dan wanita berbeza berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang.
  • Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun.
  • Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

****Sumber: http://bersamasuzana.blogspot.com/

6 comments:

Anonymous said...

Mak sker entry nih!!!

Aina@Azila said...

Goddess...berapa lama u shoping?

captainlukman said...

saya rasa.................most of the time, saya pun lebih suka focus pada apa yg dihendaki, malas nak fikir remeh temeh ni,tp kalau shopping tuh lama lah jugak kaedahnya cuma lebih ke arah apa yg nak dibeli,........so takdalah sampai nak kene cari kerusi utk duduk kan sambil teman org pempuan shopping**ops**.........penat lah kak!!

Anonymous said...

Mak klw shopping satu hari suntuk tak abes2 lagi! Hehehe...pastu, kene ronda2 kedai2 satu2 baru puas hati. hehehe...

Aina@Azila said...

Capt. Lukman> Tapikan, akak memang solute la lukman sabar jer temankan akak window shopping kat villagio ari tu. Akak sukerrr sangat shopping dgn lukman. sporting gitu.

Goddess Selena> Wahh...u memang macam wanita sejati. Nnt kalau akak gi Dublin @ Hull, kita gi shopiing sama sama yer...

Anonymous said...

ye ke? si eric tu lagi lama belek kalau yanz folo dia p shopping tau! lagi lak mngalahkn ppuan...