I rasa, akhbar Berita Harian patut ditukar kepada Berita Hairan..sebab..memang menghairan kan... Di bawah ini adalah petikan dari Berita Hairan semalam,
Selasa, 3 June 2008.(klik di sini utk petikan dari Berita Hairan)
Harga baru petrol Ogos
PM umum keputusan penstrukturan baru subsidi bahan api esok
Selasa, 3 June 2008.(klik di sini utk petikan dari Berita Hairan)
Harga baru petrol Ogos
PM umum keputusan penstrukturan baru subsidi bahan api esok
KUALA LUMPUR: Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.
Ketika membayangkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penstrukturan mekanisme baru skim subsidi bahan api itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan akan diputuskan Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi.
Baru semalam, berita, menteri kata minyak naik mulai Ogos....diulangi ..OGOS. BULAN OGOS. Tup tup....berita hari ini,
Rabu, 4 Jun 2008 (klik di sini utk petikan dari Berita Hairan)
Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.
Memang HAIRAN...baru semalam kata Ogos, tiba tiba jadi "tengah malam ini"...Grrrrr....Yang I faham, Ogos tu bulan 8, sekarang ni bulan Jun ataupun dikenali sebagai bulan 6. Apa mamanda menteri dah tak tau kira bulan ker? Bulan Ogos tu dua bulan dari bulan Jun tau tak? Ogos dengan Jun tak tau nak beza ka? Budak nak ambik UPSR pun tau beza Ogos dengan Jun tau tak?
Kalau nak naikkan harga minyak esok pun, no hal sebenarnya. Tapi, awat yang kelmarin pi buat statement kata nak naik bulan Ogos? Ni yang I nak marah ni. Tidakkah itu seperti memperdayakan rakyat. Kata naik bulan Ogos, tup tup, naik esok. Tak ka nampak sangat nak menipu/memperdaya kan orang ramai. Kalau dah nak naik esok, tak payah laa buat statement kelmarin kata nak naik BULAN OGOS. Memang betul betul berita hairan. Hairan..sungguh hairan.
Kalau naik sekupang dua, tak pa laa jugak, ni, naik 78sen sekali gus. Dari RM1.92 terus naik RM2.70. Pitammmmmm......


3 comments:
akak!!! hahaHhah august came early this year.
ouh dont be so surprised with the news. beside BERITA HARIAN we have BERITA HAIRAN as well..
malaysia boleh kakak! now we have to think how to cycle from MangsaMaju to Bukit JeluTOLONGLAh..
ikrar.... berikrar.... PU13.... akan musnahkan Pak Lah dan keturunannya.
Politicians (tak kiralah sapa) and media...memang kaki belit...
Post a Comment