Tuesday, June 10, 2008

Bulan silaturrahim....

Lama I tak update blog, walaupun kat Malaysia ni I ada internet, tapi masa pulak tak ada. Memang terasa sangat, sejak I balik ke Malaysia ni, schedule I padat sangat sangat. I rasa macam kejutan budaya pulak, yer laa...masa di Doha, hanya I dengan my habibi jer. Kite orang pulak jarang bersosial. Sekali balik Malaysia, balik kampung sana, balik kampung sini. cuti sekolah pulak, ramai sedara datang ke rumah I. Best tu memang laa best, siapa tak best bila dapat berkumpul adik beradik. best sangat..tapi letih. Lepas kakak ipar I balik kampung, kakak angkat I pulak datang KL bermalam kat rumah I. I memang rasa bangga sangat bila dia pilih rumah I sebagai tempat penginapan dia....puas dapat berbual dan masak sama sama.


Ni tak termasuk lagi, ziarah sedara yang sakit, sedara meninggal...penat penat... Bayangkan laa, dulu I ni cuma jadi Sleeping Beauty, but now, bertukar 180 darjah...jadi aktif macam lipas kudung. Hari hari, ada jer aktiviti. Hari sabtu depan, ada majlis tahlil di rumah sedara. Biras I yang lelaki dah awal awal lagi call I suruh pergi awal sehari tolong emak dia memasak untuk majlis tahlil tu.


Entah bila laa I dapat peluang nak beramas mesra dengan kawan kawan blog I. I pun dah jarang blog hopping. Kepada kawan kawan blogger, jangan kecil hati yer, I tak visit ur blog. InsyaAllah bila I free nanti, I akan visit uols.

1 comments:

Anonymous said...

Hi dear! Check yr email k....Sori, baru i reply. Ha! tulah! Dulu sleeping beauty, now dah takde masa, rasakan....pitam!

~ u know who~