Thursday, August 21, 2008

My First Cheese Cake

~Bismillahirrahmanirrahim~

Semalam, buat pertama kalinya I mencuba buat cheese cake. Thanks to Kak Ummi berikan I resepi yg sedap. Teringat kenangan semasa di Abu Dhabi dulu, selalu jugak bakar cake dengan Ibu Irfandalili. Best kan Aida, kita masak sama sama...usung Oven dari tingkat 16 ker tingkat 3 kekekeke...

So, mula mula sekali, I kena buka manual microwave. Maklum laa...microwave ni I dapat hadiah cabutan bertuah lebih 3 tahun yang lalu. Tapi fungsinya hanya lah memanaskan makanan jer. I tak pernah bakar kueh guna benda alah ni.

Godek godek buku manual tu, I baru tau, rupanya microwave ni agak canggih jugak, ada grill, ada 'convection'. Tu la kan, ada benda tapi tak tau nak guna sebab tak pernah baca manual dia. Sebab apa tak baca manual? Sebab benda ni dapat free....

Selepas tiga tahun, baru ku tahu, rupanya benda alah dalam gambar kat atas ni banyak fungsi dia. I ni cuma gunakan dia untuk panaskan makanan jer... hu hu hu... Boleh la I bakar cake dan bakar biskut untuk raya nanti. Lesson learn, next time, dont forget the "READ THE MANUAL" (kan abang brader kan... apa apa pun, read the manual first kannnn...)

Step yang kedua, beli bahan bahannya. Susah jugak nak cari bahan2 dia, sebab I tak pernah buat, so I tak tau laaa apa itu cheese cream, sour cream segala mala tu... Tapi sebab nak riak, nak tunjuk pandai kat kakak ipar dan adik ipar I, so, akhirnya berjaya juga kumpulkan bahan2 tu selepas puas round satu Care4 tu. Penat tau. Balik terus tertidur.

Ikutkan hati dah tak larat nak buat, tapi sebab keesokannya kakak ipar dan adik ipar I dah nak balik selepas menginap seminggu kat rumah I, I want to serve them something special .... kononnya laa.... Pukul 12 tengah malam, I jaga...bangun so mula laa kerja I kat dapur (semua orang dah tidur). Gigih ni...gigih nak buat cheese cake sendiri.

Tapi punya laa banyak dugaan dia, dugaan pertama; resepi guna sukatan oz dan degree Fahrenheit. Kena laa bukak buku convert tu SI unit. Oz to gram, Fahrenheit to Celcius. Dulu masa jadi engineer, formula conversion ni dalam kepala otak I jer. Yes, I hafal semua conversion dulu. Ternyata, betapa berkaratnya kepala otakku sekarang hu hu hu.....

Disebabkan I tak berjaya cari ready made cracker crump, terpaksa laa I tumbuk biskut marie sendiri. Very der tradisional...pakai lesong, class gitu. Klung klang klung klang di tengah malam.

Dugaan kedua, I tak ingat kat mana I letak loyang 9x9. Dah 3 tahun I tinggalkan rumah ni, I tak ingat dah kat mana. Last I jumpa bekas kat atas ni. OK lah, janji ada bekas nak bakar. Siap laa bahagian pertama, base dia... letak sebelah.

Part kedua, nak buat cheese dia...kana guna electric mixer. Alahaiii...kat mana mixer aku? Klung klang klung klang lagi...kali ni, bunyi I buka semua pintu kitchen cabinet cari mixer. Tak jumpa. Teringat masa di Abu Dhabi, I dengan Ibu Irfandalili buat cake, kite orang pakai blender jer sbb tak ada mixer. So, I pun amik blender, I blend the cheese cream sour cream gula dan telur.... jadi jugak akhirnya. Nasib baik I creatif kan...

Tuangkan cheese tu atas base tadi, dan bakar selama 1 jam. Thanks to the manual...kalau tak I tak tau cam ner nak set temperature and timer for convection mood, because everything is preset (this microwave is too 'canggih' to me..). Read the manual Azila, read the manual....

Sementara nak tunggu 1 jam, I nonton TV. Resepi tu kata, dah siap bakar 1 jam, tak boleh keluarkan terus dari oven, kena buka pintu oven dan biarkan selama sejam. Adoiiii.... pukul berapa aku nak tido ni? Tak berani nak lawan arahan resepi, nanti sia sia jer usaha I nak buat cheese cake sedap macam Kak Ummi. Kak Ummi dah pesan, ikut resepi exacly. OK laa tunggu lagi sejam. Sementara tu I landing kat katil, terlelap kejap. Tut tut tut...jam bunyi..yeah...dah sejam dah. Bangun keluarkan cake, letakkan jem blueberry kat atas. Masukkan dalam peti sejuk. Dah pukul 4 pagi hu hu hu...

At last..inilah hasil nya..... cheese cake ni lebih sedap selepas 24 jam dalam peti sejuk. Hari ni, I bawa sikit cheese cake ni ke rumah Kak Ummi, the two little boys tu cakap sedap...... legaaaa..... tak sia sia I berjaga semalaman.

9 comments:

Anonymous said...

weii rumah baru cantiknya... i am the first one to comment kat rumah baru. boleh masuk ke ni?

sedap apa kek tu.. amal and I had 1 spoon each but did you see ilan? he gulp the whole piece hahaha.. he is so cute...

the longer you put it in the fridge the better it tastekan..

laa awat tak tanya kat mana nak cari kat k4. tak payah dok tawaf k4 tu hehehe

Aina@Azila said...

he he he..ilan is so cute. next time kalau I berexperiment masak apa2, leh laa bawa gi sana lagi.

tu laa..lupa nak tanya..penat tawaf k4 tu huhuhu...

Irfan Haiqal, Dalili Safyya and Daliya Safeera said...

sedapnye cheese cake u...hehehe teringat masa dolu-dolu..kih kih kih...

Nanti bagi i resepi...i pon nak buat la...i suka tapi ramli x suka cheesecake..xpe i belasah sorang2 lagi bagus kan.... :-)

Anonymous said...

wah nmpk mcm sedapnyer cheese cake kak aina nie...ada lebih antar ler sini....hehehehe...

Anonymous said...

Salam Aina @ Azila,
Nampak sedap jerr kek tu... keknya ringkas sangatlah cara membuatnya?? Mehlah share resipi, boleh :)

Aina@Azila said...

irfandalili> memang rindu sgnt masa dolu dolu kat AUH tu.

mar> ok..akan pass kek ni, mar sambut yer...

nono> ringkas jer tapi step nak membakar dia lama. Nak resepi? nnt kena tanya tuan punyer resepi dulu yer.

Aina@Azila said...

irfandalili & nony> ni dia resepi dia http://www.kraftfoods.com/kf/recipes/our-best-cheesecake-54757.aspx

p/s Nony, sorry salah spell nama u ...jadi nono la pulak ...ya ampunnn..

''''dELinDa said...

Bestnyer.. Dh la bace entry ni kol 4.30 pagi di kala perut menyanyi2. Tgk pulak cheese cake homemade akak. X tertanggung dh rasa perut ni. =p

Zetty said...

congrats .. congrats .. i tak penah la plak nak masak pepagi buat cam tuh .. mmg gigih sungguh .. respect u la aina .. huhuhu ..