Monday, August 25, 2008

Ngomel lagi....

Sorry laa kalau korang malas nak baca ngomel I yang panjang berjela. Tapi, I tetap nak mengomel jugak. I cuma tulis nak hilangkan gundah gulana dihatiku.

Dah nak masuk bulan Ramadhan, orang dah mula sibuk bartanya "Raya nak balik mana?" Aiiyyaaa...lagi mau tanya ka? I dah tak ada mama dan abah, I tak ada siblings...yang ada cumalah my in laws. So, mana lagi nak raya, balik Kota Bharu laa. Tak kuasa laa I nak balik Kedah hanya untuk menangis kat kubur my mom. Its not me. Am not the type of person yg akan pergi ke kubur hanya untuk menangis. Kalau I nak sedekahkan Yassin, I boleh baca di mana mana saja. I boleh doa dari mana mana saja. Dah bertahun tahun I tak visit kubur my mom. My dad pun, walaupun kubur dia di KL, I cuma pergi lepas dia meninggal, uruskan batu nisan dan segala2 yang berkaitan. Lepas tuI tak pernah pergi lagi.

Talk about my dad.... hrmmmm (tarik nafas panjang). Tak macam my mom (previous entry), kisah my dad...kalau bolah I tak nak ingat lagi. I nak delete terus dari memory I. Think of him, make me cry. I tak menangis masa tulis entry pasal my mom, but...my dad... I dah mula rasa sebak. may be sebab masa my mom pergi, I redha...redha dengan sepenuh hati. I jaga dia, I tau dia nak meninggal , dia meninggal didepan mata I. I mandikan jenazah dia, I lepaskan dia pergi depan mata I sendiri.

Berbeza dengan my dad. I tak dapat jaga my dad as I was at Abu Dhabi/Doha on that time. I malas nak tulis lagi pasal tu...just read here. Dia pergi semasa I di Doha. Ini juga satu dugaan yang hebat untuk I. I terima panggilan jam 3 pagi waktu Doha, mengatakan my dad dah tak ada. Mana nak cekau flight jam 3 pagi. Semua flight from Doha ker KL waktu malam. At last I dapat flight Doha-Bangkok, depart jam 7 pagi. My family kat Malaysia call I tanya.... yes, dia orang still minta izin I. Nasib baik I jenis orang yang berfikir secara rasional, bukan mengikut emosi (sometimes, I do feel proud of my self, because of this strenght). I minta my relatives uruskan my dad ASAP sebab I tau, I memang tak akan sempat sampai as expected arrival at Bangkok jam 8 malam. Itu baru kat Bangkok, tak sampai KLIA lagi. Tiket Bangkok-KLIA belum ada, meaning that I kena gamble sorang2 di Bangkok untuk dapatkan tiket ke KLIA. I surf, last flight Bangkok KLIA jam 9 malam..... adoiiii sempat ker tak grab that flight. Tawakal hu alaallah.. My hubby tak dapat ikut sekali sebab dia under ' bissness visa', perlu dapat kan exit permit untuk keluar dari Qatar. Impossible laa nak dapat exit permit jam 7 pagi. Pak arab pun tak bangun lagi. Apa laa punya undang undang pak arab ni. Nonsense betul. Nasib baik I pakai visit visa saja, senang keluar Qatar. So I balik sorang dulu. My hubby balik kemudian.

I memang gamble habis masa tu, travel alone, duit cash ada few hundred jer (tak sempat nak keluarkan duit pagi pagi buta). Bergantung pada credit card semata mata. Dalam plane, I tak nangis... entahlah...dah kering kot air mata I. perasaan I bercampur sedih, kesal sebab tak dapat tengok my dad, risau dapat ker tiket Bangkok KLIA..macam macam I fikir masa tu.

Masa I dalam plane to Bangkok, my hubby arranged my flight, Bangkok KLIA dengan bantuan kawan di Malaysia. Sib baik sampai di BKK, dah ada orang tunggu I, bawa I ke balai berlepas untuk MAS. Jauh jugak ..sib baik die orang iring I..kalau I sorang sorang, memang tak sampai punya. Just in time. lega hati disambut paramugari dan paramugara yang cakap melayu. Masuk ker MAS, dah cukup buatkan I rasa I dah sampai Malaysia. Sampai KLIA jam 12 malam. tak guna kalau I nak ke rumah makcik I (uruskan jenazah my dad sana). Tapi I tetap juga call die orang. Benar jangkaanku, die orang dah tido...sure penat seharian uruskan jenazah my dad. I terus balik ker rumah I. Penyu dah ada kat rumah I. Thanks to Penyu, yang tolong uruskan my dad on my behalf. Penyu is like my own sister...Masuk ke bilik my dad...masa ni baru I menangis. Baru I terasa, bahawa I dah sebatang kara.

Everytime I ingatkan my dad, hati I sayu sangat. My dad meninggal di pusat jagaan orang tua tanpa I di sisi. Dan I tak dapat tengok dia kali terakhir. I tak dapat terima hakikat ini dengan penuh redha macam mana I terima hakikat my mom dah tak ada dulu. I tak boleh tengok barang2 my dad. Hari tu, masa baru balik dari Doha, seliper my dad ada lagi dalam bilik air. I tak boleh tengok kasut tu. I beli selipar baru, I cakap kat Penyu "Penyu, u tolong amik selipar tu dah buang, else I tak akan masuk dalam bilik air tu. Same goes to baju baju my dad..i tak nak simpan satu pun kalau boleh. I nampak saja baju dia, I mesti nangis. Lain dengan baju my mom, I boleh simpan, kadang2 I pakai.

I think... I cant proceed anymore, else...basah lencun my lappy nih... baca lah sendiri entry lama ni.

Al fatihah for my mom and my dad... miss u mama, abah...miss u very much.

10 comments:

عيديد said...

Benda benda macam ni la yang paling I takut bila berlaku kalau kita berjauhan dgn keluarga. Ajal maut ditangan tuhan, bila bila masa boleh pergi. Mungkin ia berlaku pada kita suatu hari nanti....

Semoga Allah mencucuri rahmat kpd roh ayahanda akak..

Amin

Anonymous said...

semoga roh tenang di sana Al-Fatihah.

himawari said...

kak azila,

sabar ya.. kuatkan semangat akak, tabahkan hati.. anggaplah ni semua dugaan untuk akak dariNya yg nak menguji akak...

sabar ye kak.. :(

Zetty said...

Al Fatihah .. i know u mmg a very strong person .. be brave dlm menempuh segala2nya .. semoga u tabah menghadapi dugaan Allah ini ... amin.

Anonymous said...

ajal maut di tangan Allah kak.. kita di sini sedahkn doa utk mereka la ya.. jgn sedey2, sok kita kat kubur pon sorg2 kan.. slmat brpuasa & slmat mnymbut hr merdeka.

Anonymous said...

kak azila...

byk2 bersabar ye...i sedih baca entry u yang nih..i pun baru jer kehilangan ayah tercinta. rasa macam dia pergi 'outstation' jer tapi bila fikir balik dia sebenarnya memang takkan balik2..tu yang kadang2 mengalir jer airmata...

sabar bebanyak yer kak..moga roh mereka ditempatkan dengan org2 beriman...insya Allah.

Abahnajwa said...

Aina

Aduhaiii..sedihnya Aina..sebak hati abah baca N3 ini..

Alfatihah untuk arwahnya ya Aina..

p.s- Teringat gak kat arwah ayah..dan mak abah di kampung..Ramadhan pertama tanpa mak..

Salam dari Liverpool

JULIE said...

ur entry makes me think more than twice untuk berhijrah ke Arab Saudi end of this year ni. My parents are aging, but at the same time, my hubby dah more than 3 years sendiri di KSA tu, and now dah sampai masa for us to make the move.
Anyway, I'm sure what happened masa tu ada hikmahnya. Don't beat ursef hard. Yang tinggal now cuma doa kita untuk mereka yang telah tiada.

''''dELinDa said...

Hubby akak org Kota Bharu ke? boleh la akak datang beraya rumah saya nanti. hee

Aina@Azila said...

Dear Aidid, Athy, Himawari (Surya), Yatie, Yanz, Ladykuween, Abah, @PP and Ain...thanks a lot for the doa.