Ya Allah, ada banyaknya benda yang perlu kusiapkan, tapi... aku tak mampu nak siapkan. I feel so miserable. Nak kata banyak masalah...tak ada lah sangat. Tapi semangatku bagaikan hilang. Nak diikutkan, dugaan yang ku alami tahun 99' dulu lagi teruk, tapi aku kuat masa tu, kenapa aku lemah sekarang?
Bila diingatkan kembali, ketika usiaku 27 tahun.... ketika itulah aku menghadapi ujian yang paling berat dalam hidupku. Aku ingat lagi, dalam bulan Februari 1999, I mendapat panggilan dari Tabung Haji, mengatakan bahawa kedua ibubapa ku terpaksa dihantar pulang ke tanahair dengan pesawat pertama dari Jeddah. Aku tak terkejut sebab, sebelum my mom and my dad pergi menunaikan haji, my mom tak begitu sihat. Tapi hati nya keras nak jugak pergi. I told her "Mama, mama dah pergi haji, tak payah laa pergi lagi, mama sakit jantung, bahaya". My mom replied "Mama nak pergi juga, tahun ni haji akhbar, ganjarannya 10 kali ganda, apa nak jadi pun jadi lah. Nak tunggu tahun depan, entah kan sempat entahkan tidak" Sayu hati ku...melihatkan kesungguhan mama, ku relakan jua. Ketika menghantar mama dan abah ker Kompleks Haji, ku lihat kaki mama bengkak. Aku berdoa, sekiranya ditakdirkan ajalnya di sana, aku redha, asalkan apa yang dihajatkan nyatercapai.
Lega hatiku, bila pihak Tabung haji memberi tahu bahawa mama dan abah akan di bawa pulang dengan penerbangan pertama. Maknanya mama survived di sana. Diwaktu yang diberitahu, I dan my hubby tunggu di airport. I dah buat persiapan untuk menerima my mom in the worst condition. I plan nak bawa my mom terus ke IJN sebab dia memang ada masalah jantung. Tapi alangkah terkejutnya... bukan sahaja my mom yang diusung keluar, tapi my dad juga.... Ya Allah, dugaan apakah ini. Macam mana I nak handle dua orang sekaligus. I anak tunggal. Termenung sekejap I kat airport. Ke mana I nak bawa kedua dua parents I ni? Kalau I bawa my mom ke IJN, macam mana pulak my dad. I kena bawa my dad ke HBKL. Tapi I sorang...cam ner I nak handle dua dua? Mana nak ke IJN, mana nak ke HBKL lagi...Pening kepala ku.
Hari dah petang. Lepas discuss dengan my hubby, we decidedd to 'park' my parents kat Ampang Puteri for few days sementara I nak fikir macam mana nak buat. Kepala I memang jem masa tu. At APSH, I requested 2 bedded room, one for my mom and one for my dad..I tidur kat tengah, senang I nak jaga both my parents (private hospital ni senang, kita boleh request asalkan kita bayar). At least ada doctor untuk merawat my parents sementara I nak fikirkan langkah berikutnya. Lega untuk 1 hari. Hasil ujian menunjukkan my mom very very critical. Doktor yang merawat my mom, berkali kali menggeleng kepala. Dia tak percaya my mom baru balik dari Haji..dia kata "I wonder, how your mom can survives kat mekah sana? Really miracle...Mustahil you know." Mungkin kerana semangatnya yang kuat, nak jugak buat haji akhbar...she got it. Dengan kuasa Allah, semuanya tak mustahil.
Mulanya, I memang plan nak pindahkan my mom ke IJN, tapi she was too weak dan IJN pulak tak boleh boleh bagi jaminan yang mereka boleh take immediate action as they are preparing for Tun Dr Mahathir yg juga nak kena buat bypass lepas balik haji, same case with my mom. Yes, my mom pergi haji sama tahun dgn Dr Mahathir.
Sekali lagi I kena buat keputusan, IJN murah sebab my mom gavorment servant tapi IJN tak beri jaminan. APSH, mahal tapi dia orang boleh operate my mom immediately as my mom's condition was very poor. Lepas buat isiqarah, I tawakal jer, buat kat APSH..budget about RM24k. Anyway, my mom already at APSH. Nak pindahkan dia pun..dah cukup risky. She was tooooooo weak on that time. No choice, I have to checked out my dad from APSH bawa balik rumah as he was not very critical. I CANT HANDLE BOTH AT ONE TIME. On that time I kerja, so I terpaksa apply 1 month unpaid leave. Alhamdulillah, it approved immediately. For you info, my dad tak boleh bangun jalan, dan rumah I masa tu di tingkat 2, tak ada lif...kena panjat tangga. You all boleh bayangkan macam mana? Ya Allah....ia benar benar menguji kesabaran ku. Luckily my auntie (adik my dad) datang tolong temankan my dad. Sementara tu, I settlekan my mom. Tapi my auntie tak boleh tinggal lama di rumah I sebab dia pun ada suami dan anak anak di Kedah. I faham dia pun sebab salah, tapi I faham akan tanggungjawab dia juga. 1 week dia jaga my dad pun dah cukup baik dah, sementara tu boleh laa i settlekan my mom.
Bypass surgery tak seperti yang dijangkakan...Pagi pagi buta, the next dah selepas operation, I terima call from APSH my mom critical, doktor minta I ke hospital dengan segera. My dad nak ikut. Dia risaukan sangat my mom. I tak boleh bawa my dad. Lambat nak siapkan dia, as dia tak boleh bangun berjalan. I need to rush. But before that I need to convince my dad that everything was ok. Terpaksa laa buat senyum plastik, taknak bagi dia risau. Nak senyum plastik cam ner kalau, I sendiri risau separuh mati. Bukan senang tau nak senyum plastik masa tu. I went there alone... I called my uncles so we'll meet there. Sebaik saja I sampai ke ICU, doktor bagitau I.... sebab I lambat sampai, dia orang terpaksa gave my mom drug utk selamatkan dia dan harga drug tu very expensive. Alhamdulillah, my mom already stable. Doktor kata pada I, terserah pada I nak teruskan dengan drug tu atau I bagi arahan supaya stop the drug...and....possibility my mom tak dapat diselamatkan. I tanya how much the drug? Doktor estimate mungkin bil boleh naik lagi 10k. Ya Allah, mana aku nak cekau duit? Kalau you all kat tempat I, adakah you all nak stopkan drug tu? No...I tak sampai hati nak stopkan the treatment. Hari tu saja, bill naik beribu ribu. Good news...my mom semakin segar. Sepatutnya few days saja dalam ICU, tapi my mom terpaksa duduk more than 1 weeks. Total cost RM40k. Terduduk I sekejap dengar amount tu. But for my mom I'll do anything. Tapi my mom had kidney failure..kena buat dialisis...dialisis meaning $$$$. At least, my mom dah lepas tahap kritikal.
Now, my dad pulak... he was getting worst sebab dia risaukan my mom. Kepala dia sakit, meracau, blood pressure dia tinggi sangat. I have to sent him to HUKM. Rupanya my dad ada air terperangkap dalam otak dia. Dia pernah jatuh 10 years before, so ada saraf yang tersumbat so that air accumulated sikit demi sikit dalam kepala dia tanpa disedari. So my dad kena operate kepala pulak...
Bayangkan keadaan pada masa tu. Dari anak tunggal yang manja, tiba tiba hidup I terbalik 180 degree. My parents ada aset, tapi I tak perna amik tahu aset die orang. Masa ni laa baru I kelam kabut nak cari kat mana buku akaun my parents. Akaun apa die orang ada. Apa yang boleh dijual.
Tak cukup dengan ujian itu, my hubby pulak kena hantar ke Bintulu. Ya Allahhhh.... I dah tak larat nak menangis lagi dah. I dah jadi blurrr semacam. Memang ada sedara yang menolong tapi final dicision I yang kena buat sebab I saja waris terdekat. I saja anak. Semua urusan dengan pejabat kerajaan (sebab both my parents gov staff) I saja yg boleh buat...Yer..masa ni laa nak tau mana sedara yg benar benar sedara, mana yang.hanya sedara ketika senang.
Masa ni..... I dah tak fikir pasal diri I lagi. Drive sorang sorang pukul 2 pagi dalam hujan lebat ribut petir, I dah tak rasa takut lagi. Kereta pulak rosak, esoknya I kena bawa my mom pergi dialisis, pas tu kena visit my dad... Pukul 11 malam I masih di bengkel kereta sorang sorang jer pompuan. Yang lain semua lelaki..ada yang mengusik. Yer laa I kan muda lagi masa tu. I keraskan hati. Tunggu jugak sampai kereta siap. Hilang rasa takut.
Inilah dugaan yang paling hebat...dengan finacial problem nya... sepatut nya my mom dapat dialisis percuma, tapi hospital kerajaan penuh, terpaksa buat kat APSH, tapi kementerian kata boleh claim balik dari kerajaan. Jadi I kena kreatif rolling money. Sekali dialisis RM200. Cuba jugak nak jimat duit, nak buat fistula (tempat orang cucuk dialisis) kat HBKL....tapi Ya Allah...rupanya masukkan my mom ke HBKL memeningkan kepala I. Dealing with HBKL very stressfull. Betapa stressnya I pada masa tu...I tak sedar I telan ubat 10 bijik.... in other way..we can say..commit suicide. Bukan I sengaja nak buat..semua tu berlaku tanpa disedari. Bila stress dah terlalu kuat. memang tak sedar. Bila I sedar...I kat APSH.... doktor tanya I kenapa I buat macam tu? I macam tercengang cengang..." Saya buat apa doktor?" Doktor jawab "Awak makan ubat overdose, awak boleh mati tau!" Ya Allah...I benar benar tak sedar. Sejak tu baru my realtives tau ... sebenarnya I dah tak boleh cope lagi dengan pressure. Thanks to Allah, I masih hidup.
Ikutkan banyak lagi dugaan yang nak diceritakan...banyak lagi ..... 9 bulan I jaga my mom. Bulan 11, 1999. Doktor bagitau I, my mom dah tak ada semangat nak fight lagi, my mom dah give up. Dia cuma ada 24 jam saja lagi untuk hidup. Sekali lagi i diuji, I kena buat keputusan sama ada nak benarkan doktor buat rawatan kecemasan terakhir atau I nak let my mom goes peacefully. I tanya doktor, rawatan kecemasan terakhir tu macam mana...dia kata die orang akan tebuk perut my mom dan lakukan dialisis melalui perut. Tapi kalau buat macam tu pun, my mom cuma boleh hidup dalam few weeks saja. Ya Allah...berat nya keputusan ni. I looked into my mom's eyes (dia dah tak leh cakap dah masa tu)...I tahu dia dah cukup derita. Seems like she's telling me..."let me go".
I jumpa doktor, I kata, "Ikut suka doktor laa....buat laa apa apa yg terbaik". Doktor cakap " Tak boleh, ini private hospital, pelanggan berhak buat keputusan". I saja yang boleh buat keputusan...keputusan mesti keluar dari mulut I. Semua family tak berani nak kata apa.... I rasa macam nak pengsan masa tu. At last I jumpa doktor, I kata "I think, ...let she goes peacefully" The doctor hugged me...yes you made a right decision. Doktor tanya nak bawa balik ker? I cakap tak nak...I nak my mom dapat life support sampai hembusan terakhir. I nak dia confertable. There are few other doctors came and hugged me and said "You made the right decision". Semua nurse kata I was a strong girl sebab I tak menangis. Die orang tak tahu, I dah tak ada daya nak nagis lagi masa tu...dah tak ada air mata lagi.
Mungkin my mom seorang yang baik, walaupun di ICU APSH, ramai yang datang bacakan Yassin untuk dia...doktor tak halang lagi. Nurse cakap, tak pernah ramai orang datang baca yassin seramai ni....bukan sekali gus...group by group masuk. I rasa lega sikit, hasrat I nak my mom got life suport tercapai at the same time ada orang datang baca yassin ...macam kat rumah. Kalau bawa balik rumah, no more life support.
Hari terakhir tu,..my dad pulak buat hal, he was so emosional..I think he cannot think rational. Dia nak bawa my mom balik Kedah,nak my mom hembuskan nafas terakhir di Kedah. Ya Allahhhh....I rasa macam nak menjerittttttttttt.....Allah saja yang tau perasaan I masa tu. Is he crazy? My uncles pujuk I...my mom dah nak pergi, biarkan dia pergi, my dad yg masih hidup, jgn biarkan dia terkilan hajatnya tak kesampaian. I akur walaupun I tak setuju. So, we all arranged Paramedic ambulance with 1 doctor and nurse bawa my mom balik ker Kedah. Doctor said she got about 5 hours more to live. Dalam bersiap siap tu...my mom macam tau kite orang dah redha dia pergi.... dia meniggal awal. Masih lagi dengan life support. Tak sempat nak naik ambulance. Sekurang kurangnya hajat I tercapai. So, my uncle uruskan kereta jenazah bawa balik ke Kedah. Yang buatkan I tersentuh, semua nurse yg merawat my mom turun dan kiss dia. yer laa 9 bulan berulang alik ke APSH. Mereka dah macam family. Pada masa tu, I memang puji servis APSH walaupun total bill dia...mencecah 100k. I pun tak tau mana I cekau duit banyak tu. Masa tu I benar2 percaya, rezeki tu dari Allah. Allah memberi rezeki tanpa diduga.
Di kedah, orang yang datang ziarah punyalah ramai...katanya kereta parking dekat 1 km. Sampaikan orang ingat kenduri kawin. Masjid penuh solat jenazah. 400 orang sembahyangkan my mom. Alhamdulillah. Memang sedih hilang mama, tapi I puas hati, I beri yang terbaik untuk dia...terbaik yang i mampu. 9 bulan dia mengandungkan I, 9 bulan I jaga dia. Sekarang hanya Al Fatihah yang mampu I hadiahkan untuk dia.


9 comments:
sedih saya baca "ngomelan" kak aina...semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang soleh...n make me rindu kat both my parent...
aina.. you're such a strong woman. i'm amazed, touched and humbled by your experience. semoga roh arwah mama aina tenang dan bahagia di Sana. Al-fatihah.
Yes, you are a strong woman. BUkan senang nak handle situasi seperti itu, esp being an only child. But I need to commend ur husband too, for being wiht you most time and supposting u.
Macam mana dgn adik beradik aruah mak dan ayah Aina? Where wer they?
I really know what u went thru, coz I am only child too!
Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
amin.........
You are strong...
NashRiza> Sorry laa kalau sedih, entah nape, tetiba teringat kat mama akak.
Fina> Strong woman? Entah laa... I wish am strong like Catwoman hi hi hi....or macam powerpuff girls.
APP> Adik2 mama dan abah ada di KL setengah tu kat Kedah. APP pun anak tunggal yer,sama laa kite.
irfandalili> thanks...u pun strong gak...
Al-fatihah to both of your parents...
takut nya rasa duk jauh-jauh ni akak... walaupun diaorg sihat
bila baca part yg arwah cuma boleh hidup in 24 hours..lepas tu dapat tau tggal 5 jam je lagi, terus ngalir airmata..
its so sad to know u juz have one last hour and den u hv to let her go wuteva it takes..
al-fatihah for both os ur parents..
Dear Aina,
You're such a strong woman. Mengalir airmata i baca cerita you ni..
Post a Comment