Wednesday, December 3, 2008

Jalan Ke Puncak

Hari ke-3

Seperti yang I katakan dalam entry yang lepas, trip kami ni tak well organised sebab kite orang tak ada tourist guide. Kite orang main redahhh jer...penuh dengan 'gamble of mission impossible'. Tapi best, sebab kite orang bebas tentukan masa sendiri. Ikut kepala otak sendiri, rasa penat, kite orang rehat, lepak-lepak kat bilik atau kat lobby hotel ...rasa nak jalan kite orang jalan.

Aktiviti I dan my SILs pada hari ke-3 ialah pergi ke Puncak. Kenderaan diuruskankan oleh pihak hotel. Pada malam sebelum bertolak, I turun ke reception/information counter untuk bertanya tempat yang patut dilawati. Terima kasih kepada Dian dan Ibu Sapta. Dengan bantuan mereka, kami mendapat senarai tempat yang patut di pergi dan juga senarai 'do and dont'. Bukan nya I nak lebih lebih memuji, tapi sememangnya layanan semua staff di Lido Lake Resort ni memang superp. Bukan sahaja rajin melayan, malah mereka knowledgeble.

Pagi tu kami bertolak jam 8 pagi dari hotel. Pak Yudi, staff Hotel yang bertugas pagi tu menerangkan kepada driver, tempat tempat yang kami hendak lawati. Pak Yudi ni memang very brotherly. Sentiasa memasti keselamatan kami.

Puncak ni seperti Cameron Highland, dipenuhi dengan ladang teh. Bezanya Puncak ini belum tercemar dengan pembangunan. I cuba mengandaikan, Puncak ni macam Cameron Highland 20 tahun yang lalu. Disebabkan kami bertolak awal, jadi berkesempatan melihat pekerja memetik daun teh.

Destinasi pertama kami ialah Kebun Teh Gunung Mas. Kebun teh ini well organised dengan landscape yang cantik tersusun, siap dengan banglo untuk disewa. Kalau terasa ingin berehat di kebun teh, boleh laa sewa disini sambil menyedut udara nyaman kawasan pergunungan. Gambar di atas, saya dan SIL bergambar di kuarters pemetik daun teh.

Sebelum keluar dari Kebun Teh Gunung Mas, kami singgah minum teh di Tea Cafe. Kami juga dapat sepaket teh sorang untuk dibawa pulang. Pak Din, driver kite orang cadangkan kite orang mencuba talas goreng. Buah talas dicelup tepung dan digoreng. Sedap..... tak tau laa ada ke tak kue ni di Malaysia. Ni first time I rasa.

....bersambung....

3 comments:

Anonymous said...

hai salam kenal dari Indonesia. Saya juga pernah tinggal di Bogor, memang khas nuansa pegunungan disana, sejuk sekali.
btw menginap di LIDO yah?? pastinya nyaman betul yah tinggal disana... kalo saya seneng banget sama Danau nya.
Have a nice trip yah...

Enjoyyy

Miss Neddy said...

akak semakit buat neddy jelezzz..neddy nk ikutttt...

Miss Neddy said...

akak, tunang neddy part time tourist guide, if akak perlukan tourist guide next time, blh bgtau neddy...if akak nk g melancong mane2 len kali, leh tanya pendapat neddy or tunang neddy k kak...