Sunday, December 14, 2008

Jalan Lagi Part 3

Jalan ke Puncak (...sambungan)
Dah lama terbengkalai entry pasal trip ni. Tak boleh jadi, mesti di siapkan jugak sebelum trip yang berikutnya. Nak ke mana pulak lepas ni? Jangan di tanya. So, baik di mulakan, selagi tak mula selagi tu tak siap.
Selepas ke Kebun Teh Gunung Mas, kami singgah bergambar di Pas Gunung Mas. Ia merupakan satu kawasan hentian, biasanya orang akan berhenti di sini untuk bergambar sebab view dari sini amat cantik sekali.




Tapi, malangnya, kat sini banyak sangat orang berjual. Mereka 'mendesak' kita untuk membeli. Rimasnya..... Gambar mamat di atas ni, dia ni mendesak nak ambil gambar polaroid "Photo buk photo buk"..tak kan tak nampak aku dah pegang camera. Last I bengang, I jawab "Mau photo ya, I snap gambar dia", tahu dia lari. 'Lalat-lalat' ni buatkan kite orang tak tenteram nak menikmati pemandangan yang indah dari situ.

Lepas tu kite orang ke Brasco Factory Outlet.

Kalau you all ke Puncak, dan rasa nak buang air, sila lah ke Brasco, sebab bilik air dia kiranya bersih laa.... Tempat2 lain kat sini, errr... tandasnya tak bersih. Tapi terpulang laa pada individu. Setengah orang tak kisah.

Brasco ni, ialah shoping Mall yang paling modern di Puncak. So, since dah sampai, we all masuk laa ke Factory Outlet dia......tak banyak sangat barang.


Tapi, dalam tak banyak barang, I terbeli jugak sehelai t-shirt huhuhuhuhu...... Sepanjang masa shopping kat sini Pak Din, supir kite orang sentiasa ikut dan bawakan bakul untuk kite orang. Rasa kekok jugak, I ni bukannya orang kaya, sesekali di layan macam 'Mem Besar', rasa pelik.



Selepas tu, kite orang ke Mel Rimba untuk lunch. Sebelum makan, sempat bersiar-siar di taman dia yang amatlah cantiknya.


Ini antara menu di Restoren Mel Rimba "Bontot Goreng Sambal Berlada"..... dengar namanya, rasa tak lalu nak makan huhuhuhu...... Tapi sesiapa yg suka bontot boleh laa cuba.



Sementara tunggu makanan sampai, sempat lagi posing. I suka sangat decor restoren ni. Merah...i like..i like
Akhirnya, makanan yang I order dah sampai.... Mee Goreng Jawa....Jauh beza dengan Mee Jawa kita kat Malaysia.

Lepas tu kite orang ke Gantola, iaitu tempat orang naik gantola. Tempat nya nun di atas bukit tu.

Pemandangan dari tempat gantole. Jelas kelihatan Masjid Al-Taawun hampir diselubungi kabus.



Pada hari tu kebetulan sekumpulan tentera udara sedang membuat latihan. Sedang bersiap untuk terbang.

Yee haa... macam best jer. Ini laa gantola nya... macam paracut. Actually die orang offer I untuk cuba...tapi tak berani, gayat laaa.

Last sebelum balik, kite orang singgah solat Zohor si Masjid Al-Ta'awun. Semibina masjid ni memang cantik. Tempat solat nya nyaman. Bilik air nya juga bersih.

Istimewanya masjid ni, semua orang nak masuk ke masjid mesti melalui air ni. Airnya dingin sekali dan sentiasa mengalir. Indirectly, kaki akan dibasuh sebelum masuk ke masjid. Sebab tu laa masjid ni bersih. Sungguh kreatif arkitek yang bina masjid ni.

6 comments:

Miss Neddy said...

ahaks, dlm byk2 menu, neddy ternapak buntut goreng..ehehe..

Aina@Azila said...

Oooo Neddy suka buntut yaa. Suke sup buntut? Hahahaha....

Buntut tu sebenarnya ekor lembu. Kite panggil sup ekor, dia panggil sup buntut. Buntut goreng tu ekor goreng laa....tapi dah nama dia buntut, rasa tak lalu nak makan laa pulak.

Anonymous said...

aiyohhhh statement sapa suka makan bontot???!!! hahahhaa sedap tak makan bontot tu akak???

Aina@Azila said...

Lukmang, sedapppp...lemak berkrim disukai ramai...oppps silap. Hehehe... Tak makan pun, geli dengar namanya. terbayang2 bontot lembu eeyakkk.

Unknown said...

Absolutely serene and beautiful place..tu diah makang makang lagik!!! Mi jawa??? mak nakkkkkkkkkk!!!!

p/s dia treated uols like MEM besar sebab uols lah Diva yang datang bertandang..diorang tanak kena daulat Queen Diva, ley?? hahahaha

Aina@Azila said...

Lee> Uols nak mee jawa jer? tak nak ker Buntut Goreng tu.

Ishh.. i ni Diva low profile * sambil senyum malu kkikiki