Hari ni, I tak tau nak makan apa. Bukannya tak ada makanan, penuh makanan dalam peti sejuk tu. Ada ayam, ada daging, ada udang ... telur pun ada, sayur, buah semua ada. Cuma I tak tau nak masak apa. Tak der ilham nak masak + tak der mood nak makan (hrmm..makan pun kena tunggu mood).... Tapi perut mesti di isi, nanti masuk angin susah. Dah jadi gastrik pulak.
Gambar dari internet, sebab roti I dah habis masuk perut huhuhu.... Lupa nak amik gambar.At last, I cuma makan roti cicah air kopi. Janji kenyang.
Bersyukur kehadrat Ilahi, I dikurniakan banyak makanan (one of the factor kenapa I susah nak kurus hihihi) sampaikan jadi masalah pulak nak kena fikir apa nak masak. Hati I tersentuh bila I baca e-mail kawan dari Bogor, katanya, di sana, ada orang yang mati gara-gara berebut daging korban masa raya haji baru ni. Ya Allah... sayunya hati. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri hanya kerana sepotong daging.
Betapa bertuahnya hidup ini. Alhamdulillah atas rahmahMu Ya Allah.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Kalau ada sape-sape yang rasa bosan macam I, tak tau nak buat apa dengan barang-barang kat dalam peti sejuk tu, boleh laa cuba idea-idea creative macam kat bawah ni.....










4 comments:
comeynye! xreti la nk wat. kang kna marah ngn mak lak. =p
uhu..cumil2..camne nk wt tu??
saya suke baca blog akak.
Delinda> Ala..toreh toreh jer kat sayur tu. Emak mesti suka tengok anak dia sepahkan dapurkan..kikikiki
Neddy> Senang jer, toreh buat mulut dia, buat idung die pas tu taruk laa mata dia.
Jannah> Suke kat mane? kat cerita dia ke kat tuan punyer blog ka...opss sorry terperasan laa pulak kikikiki. Akak pun dah visit blog jannah... Nice.
Post a Comment