Saturday, December 13, 2008

KL Menjerit

Beberapa petikan Fakta dari TV3 dan The Star

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga yang kejadian ketiga berlaku di Lembah Klang dalam masa seminggu.

  1. Pada 30 Nov, dua beradik Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terbunuh dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa banglo kediaman mereka di Ulu Yam Perdana, Gombak.
  2. Khamis lepas, tanah runtuh di Jalan Semantan meranapkan dinding konkrit kawasan meletak kenderaan yang terletak antara dua bangunan, mengakibatkan enam kereta tertimbus selain merosakkan lima lagi kenderaan.
  3. Kejadian tanah runtuh pukul 4.00 pagi tadi yang menimbuskan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama telah mengorbankan 4 orang manakala 2 lagi mangsa dipercayai masih terperangkap. Mangsa yang terkorban dikenalpasti ialah Shaiful Khas Datuk Shahrudin (20 tahun), Dr N. Yogeswari (40 tahun), Eng Yee Peng (30 tahun) dan Surinah (pembantu rumah warga Indonesia). Dan seorang lagi dari Seri Lanka.
Kejadian tanah runtuh kali ini berlaku kira-kira 1.5km dari tempat berlaku runtuhan tiga blok 12 tingkat apartmen Highland Towers pada 11 Dis 1993, mengorbankan 48 orang.

*******************************

Inilah akibatnya bila kita tidak peka pada jeritan bumi. Bumi menjerit, "tolong-tolong aku tak tahan dah". Tapi manusia tak mendengar rintihan bumi. Manusia bengong tamak haloba ini masih jugak gila menarah bukit atas alasan pembangunan. Gila kan keuntungan.

Sekarang, siapa yang nak persalahkan? Mereka dan keluarga keluarga mereka?

Pada I laa, peristiwa ini ada juga hikmahnya. Sebelum ini banyak lagi dalam TV, orang komplain tanah runtuh sana sini. Tapi tak mendapat liputan umum sebab itu kawasan orang kampung. Tapi, peristiwa kali ini melibatkan rumah2 orang ternama yang berpangkat, baru lah orang buka mata. Hikmahnya di sini, ialah Allah cuma nak bagi kite bukak mata.

Hikmah yang kedua yang I nampak, sesuatu yang patut kita renungkan semula. Kenapa mangsa kejadian itu terdiri dari pelbagai bangsa, sorang dari Melayu, sorang dari India, sorang dari Tionghua, sorang dari Inonesia, sorang dari Sri Langka? Hasilnya, semua masyarakat tak kira kaum datang membantu. Sama sama berkongsi khemah... muhibbah terwujudkan semula.

Tragedi, tetaplah tragedi, takziah terhadap mangsa. Tapi, bagi kita yang masih hidup, jadilah tragedi ini sebagai pengajaran. Sepatutnya kita dah ambil pengajaran dari kejadian Higland Tower 15 tahun lalu. Tapi? Tidak.... Dalam tempoh 15 tahun ini bebarapa kali Bukit Antarabangsa tu 'menjerit', kalau tak silap I dalam tahun 1999, tanah runtuh lagi di Bukit Antarabangsa menyebabkan laluan keluar utama tertimbus. Dalam tahun berapa entah...sebuah banglo milik Tan Sri (pun I tak ingat nama) tertimbus..... Bukit itu dah lama 'menjerit', tapi kita tak pedulikan jeritannya. Kegiatan pembangunan masih lagi giat dijalankan. Bukit-bukit digondolkan ditarah sesuka hati. Bukankah bukit itu pasak bumi. Kesian bukit.

Kalau tak silap I, sebahagian dari kawasan terbabit sepatutnya adalah kawasan tadahan hujan. I pernah belajar subject Enviromental Engineering dulu. Sedikit sebanyak I tahu jugak pasal Environmental Impact Assesment (EIA) Study. EIA Study ni sepatutnya di jalankan oleh thirt party yang tak terlibat langsung dengan project tersebut. Yang menyedihkan, terdapat beberapa project mega, EIA Study dilakukan oleh pihak yang ada kepentingan. Off course laa dia akan adjust the data supaya project itu kelihatan seperti 'selamat' dilaksananakan demi poketnya.

Bak kata Nabil, "Lu fikirlaa sendiri....."

p/s: termenung sejenak selepas mambaca entry ini, lepas tu terus speachless bila baca entry ini.

0 comments: