Monday, January 1, 2007

Emosi 2006......


Dear all, firstly, I'd like to wish u Happy New Year 2007.

Masa itu emas, masa yang pergi tak akan kembali lagi. Ramai orang selalu kat "How I wish I can reverse the time"....tapi itu adalah sesuatu yang mustahil. 2006 telah pergi meninggalkan 1001 kenangan indah dan pahit bagi kita semua, dan 2006 tak akan kembali lagi, ia hanya akan menjadi sejarah......

Bagi diri I pula, 2006 memberi banyak kenangan...kenangan di UAE...pengalaman tinggal di negara Timur Tengah. Tapi seingat I, selama I di sini, banyak berita yang pahit. Bulan Julai, akhbar di sini di penuhi dengan berita peperangan di Beirut. Setiap hari I dihidangkan dengan gambar gambar mayat mayat manusia yang tak bersalah, wanita dan kanak kanak yang menjdai mangsa peperangan. Masih jelas di ingatan gambar seorang mayat bayi berusia 9 bulan bernama Abbas menigggal di dalam rumahnya di bedil oleh Israel, yang sayunya, putin masih tergantung di bajunya. Juga gambar mayat seorang ibu yang baru 10 hari bersalin memegang erat bayinya...amat menyayat hati...
Photo : Lebanese shouts while holding his 10 day-old niece Waad, found in the rubble of a building hit by an Israeli strike in Beirut, 08 August 2006.....baby yang I katakan mati dalam pelukan ibunya yg turut terkorban. Kesian kan?

Mungkin berita perang ini juga di siarkan di Malaysia, tapi I yang tinggal di sini, terasa sangat kesannya. Until one extand, I dah muak tangok newspaper kat sini. I lebih suka baca Harian Metro, Utusan dan Berita Harian yang menyiarkan berita perkahwinan mega Siti Nurhaliza dengan Datuk K. At least ada la good news....

30 Ogos, I mendapat berita my dad sakit....Inilah berita yang paling sedih bagi I dan merupakan dugaan yang paling hebat untuk I sepanjang 2006 ini. Oh!!! I dont want to talk about this here...

Di akhir, 2006 pula, di pagi hari Raya Aidil Adha, I di hidangkan dengan berita hukuman gantung ke atas Saddam di CNN. Oh noooo... satu dunia tahu berita ini, tapi bagi I...I terasa sangat sebaknye kerana I dengar berita itu tatkala takbir raya sedang berkumandang di masjid sebelah rumah. Tetiba hati I rasa sebak sangat. Mungkin you all boleh bayangkan suasana itu...Serius!!! I memang terharu sangat, dan hati menjadi panas bila CNN menyiarkan gambar Bush tersenyum lebar sambil berkata "Good progress..." . Bushiiit!!! How there he said that on hari raya.

I bukan bantah hukuman ke atas Saddan itu. Walaupun dia President, kalau dah salah tetap salah dan wajar di hukum. Cuma masa hukuman itu amatlah tidak sesuai. Berita execution itu di hebahkan di pagi Hari Raya Aidil Adha di saat umat Islam (di Middle East..di Malaysia tak raya masa tu) sepatutnya bergembira. Tak bolehkan hukuman itu di tangguhkan? Deadline hukuman itu ialah 27 January 2007, kenapa mesti di jalankan pada pagi raya? Tidak hairan lah berita ini disambut dengan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan penduduk Middle East termasuklah pemimpin pemimpin negara di sekitar Middle East. Dia orang tak mempersoal hukuman itu wajar atau tidak, tetapi, MASA yang dipilih amatlah tidak sesuai.... semua orang termasuk pemimpin Islam cakap "Wrong timing...". Satu lagi, gambar Saddam di gantung sehinggalah ke saat akhir hayatnya di rakamkan dan disiarkan berulang ulangkali adalah amat tidak wajar.


Tapi, 2006... I have my own blog dan I dapat ramai kawan kawan baru melalui blog ini. Kawan kawan yg tak pernah I jumpa, tapi sanggup berkongsi suka duka hidup I, memberi kata kata semangat tatkala I down. Kawan kawan yang sentiasa cheer up my life ...via blog and via YM. I love u all guys.... I love u very muchhhh

Well....... I mengharapkan 2007 akan lebih ceria.

Bye bye 2006, welcome 2007.

Photo: Looking for a brighter 2007..........

1 comments:

Belladonna said...

Aina, mek pun vangga & honoured dapat kawan baru thru blogging cam uols :)