11 more days to go....11 hari lagi I 'dijangkakan' akan meninggalkan Abu Dhabi dah berhijrah ke Doha. Banyak lagi perkara yang belum selesai. Flight tickets tak book lagi...... Most probably we'll choose Qatar Airways, tak confident dengan Gulf Air. Gulf Air selalu delay....
Ikutkan hati, I memang malas sangat nak pindah. Rumah kat Doha tak cari lagi, cuba survey ...mak datuk K...mahal jugak sewa rumah kat sana. Kat sana cari rumah must go tru agent. Agent tu pulak tak nak terima early booking for unfurnished/semifurnished flat. Dia nak, pergi tengok rumah, kalau suka terus sign agreement. Macam tu pulak style dia....
Company my asben pulak punya lah kedekut, bukannya nak bagi hotel sementara kita orang cari rumah. Lepas bargain dengan campany, at last dia orang setuju tambah USD500 untuk temporary lodging. Mana cukup!!! I survey via internet, hotel cikai pun 3 bintang pun USD120 per night. Sabar aje lah. Nasib baik I dapat kawan yang sudi tumpangkan rumah dia sementara kita orang dapat rumah. Alhamdulillah..... Malu tu menang la malu, nak tumpang rumah orang kan? Tapi fikir balik, ada hikmah dia...dalam masa menumpang tu boleh juga berbual pasal lifestyle kat Qatar, pasal medical, supermarket dan sebagainya. Kalau duduk kat hotel, jawabnya I tengok my asben my asben tengok I..dua dua terkebil kebil tak tau nak buat apa.
Alhamdulillah sekali lagi, malam tadi ada seorang hamba Allah dengan rajin tangan telah BUZZ I kat YM. Actually I dah register dengan Malaysian at Qatar (MAQ) walaupun kita orang belum ke Qatar lagi. Tujuan I register tu supaya I dapat kawan kat Qatar. So this guy tengah boring agaknya, nampak nama I online kat list of members MAQ. I pun dengan ramahnya layan la dia. Lepas chat and introduce diri memasing, dia offer diri nak carikan rumah untuk kita orang. Katanya kalau nak rumah 2 bilik paling kurang QR5000/bulan (which is about RM5000/bulan) tapi flat kecik saja la. OK lah..it is with in our budget...masa I survey pun, itulah rate dia. Kalau nak yang selesa lagi I tengok sewanya QR8,000 to QR10,000/bulan, memang diluar kemampuan kita orang lah. Harap harap dapat la rumah yang murah secepat yang mungkin. Kalau dapat rumah 2 bilik boleh la Lee dgn Han datang bertandang...kawan kawan lain kalau nak datang pun boleh....u r wellcome dear. Tapi kalau I dapat rumah 1 bilik, terpaksa la korang tidur kat ruang tamu....
Itu bab rumah...bab sijil dan surat nikah pulak....yang paling penting sekali surat nikah la. Seperti mana nak datang ke Abu Dhabi dulu, surat nikah kena translate ker English dan disahkan oleh Jabatan Terjemahan dan di sahkan oleh Jabatan Konsulat di Putrajaya. Begitu juga dengan sijil2 dan degree. Selepas itu, kena endose kat kedutaan UAE. Hopefully, kedutaan Qatar mahu terima surat nikah yang dah di endosed oleh kedutaan UAE. Tak payah la we all go tru all this stage again. So, kepada sesiapa yang berhajat nak datang ke Middle East ni, di nasihatkan translate surat nikah tu ke English dan disahkan oleh Jabatan Terjemahan. Silap haribulan percuma saja kena tangkap basah kat sini. Pak Arab mana la tahu baca Bahasa Melayu.



20 comments:
Kalau duduk kat hotel, jawabnya I tengok my asben my asben tengok I..dua dua terkebil kebil tak tau nak buat apa...>>>>>banyak mende boleh buat bila berduan gan asben dibilik hotel..hehehe..bilalah DBI nak dpt masa masa begini lagi..*mati ler otak kuning..
Hey u ols, thx a lot!! Poor you, I know what u r going through...memang moving places/ houses nih one of the most stressful thing ever for us to do! (The others maybe preparation utk kawin kot?? Hiks...). We wish u ols good luck and happy moving :)
Bagus la tu kan, dalam masalah ada hikmahnya..and glad u look at it in a positive way..it's a good sign for a healthier life in a new place! :)
*HUGS*
Hi Aina!! Heppy Belated New Year to u and ur better half!! Semoga ahun baru membawa lebih banyak hikmah and happiness to u :)
Emm, sabar jelah nok. Aku paling malas nak moving when it comes to packing and unpacking stuff! Mencii! Tapi macam kata Lee, maybe moving to a new place lebih bagus kaedahnya :)
wah! mahal giler rumah!!! lebih mahal dari eropah tu yg tak tahan..
"Kalau duduk kat hotel, jawabnya I tengok my asben my asben tengok I..dua dua terkebil kebil tak tau nak buat apa.."
kalau dah dapat rumah pun sama gak nanti!! duduk je tepi jalan.. baru ramai.. :p
naik gulf la, dia baca doa sebelum terbang. heeh
akak sewa umah kat sana paling cikai is RM5000!!! ya Allah mahal sungguh! huhuhu agaknyer kalo saya sekuarga ke sana, merempat la kot. sbb harga 5000 is way to expensive...huhuhuhh anyway kak, selamat menempuh kehidupan di tempat baru yer
DBI > tu lah masalahnyer, kalau dah berdua kat bilik hotel, 'itu' jer lah kerjanyer..kerja lain sume tak jadi. hiks
Lee > Memang la pindah ni susah, hendak pulak pindah ke negara lain. banyak procedure mak nenek..leceh. Masalah apply residence visa lagi..apply phone. ternet....omg!!! Hectic!
Bella > I really hope for a better life. Tapi x tahu lah, Qatar tu kecik jor nok. One thing for sure, 1st month memang tak leh chat selalu dgn u all sbb x der ternet kat rumah. Kena ada Residence Permit baru leh apply telepon and ternet..huk huk huk...
Wenkt > Thanks for kambing oppsie coming. Memang la rumah kat UAE adn Qatar ni mahal nak mampos. Org Europe kat sini pun ramai dah give up dek tak mampu bayar sewa rumah.
Gulf Air tu selalu delay laa Wenkt..Timing dia hancusss!!!
Mama Irdina > Yer la Anna, rumah macam rumah mama Anna tu kan...I bet RM25,000/bulan or may be more. I really miss my condo kat KL...
wah banyak juga prosedur dia eh..salam ukhwah dari saya di Morocco..nanti saya balik mesia..kalau ikut qatar airways..boleh saya datang ziarah ka?..hehehe
heppi new year..
Wait seminit..Rm5000 sebulan???? Murs murs lah tuh LOL... **matilaa kekwat.. tu baru £714 sterling sebulan! mahunya u ols pitam kalau dgr how much we have to pay to live in Cambridge city centre nih!!! Very der mahals! ***matilaa lagi kekwat (tapi bukan duit mak pun...)
Berapa u ouls sewa kat cambridge Lee?...tapu gaji u ouls in pound...and Avang kaya. hiks
Ais Putih, thanks for visitng my blog. datang datang la selalu yer..and u r welcome to Doha. Ciss beria ia saja invite org, rumah kat mana pun tak tau lagi he he he...
Tu la u ols...nak kata mahal mmg mahal..tu fasal mak ni skang boleh hidup ala kadar sajork..not mewah mewah pun... dah di UK ni esp. yg dekat dekat London/ Cambridge nih mmg mahal nak mampos!!! Tu pun mujur mak pun bekerja; kalau Avang sorang je yg kerja, makan lemang..oopss I mean, makan pasir je laaaaaaa
Hi, Aina.. lagi 11hari jer nak pindah. Mesti stressful kan. Mak tak suka pindah-randah nie very the hassle kan.. Tapi tula, i hope you got everything done b4 start moving to Doha. Wish you all the best!! Muahhh
kak aina ku sayang...
BIG rili wendu sama lo... tinggal 11 hari lagi?? huhuhu... amat leceh utk berpindah2 kaan? klau umah byk barang mcm big nih, harus laaa byk yg tinggal jeee...
nnti BIG datang sana yeee... teman kak aina... ngehehehhehe!!
pindah rumah...? ya allah...i pindah dulu..3 bulan baru settle betul-betul.mahal lah sewa rumah..tapi takpalahkan,dah ada budget.tak pun...pasanglah khemah.
insya allah..akan ku serang rumah mu nanti...
Dewi Selene>memang stress sangat pindah international ni.
BIG> By the time BIG tulis komen tu bukan 11 hari, tinggal 9 hari lagi tau. Am gonna miss Abu Dhabi.
Han> Memang betul u ols, nak settle down bukannya mudah. I baru nak rasa selesa kat Abu Dhabi, dah nak pindah pulak. Nomad Badwi la katakan...
I want not approve on it. I assume precise post. Specially the title-deed attracted me to review the unscathed story.
Amiable brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you on your information.
Post a Comment