Alhamdulillah, 80% barang barang dah siap packing. Penat, tapi I nak juga curi sikit masa untuk update my blog. Hari ni I nak story mory sambungan cerita my trip to Dubai with my sisters in law yang terbengkalai dek kerana I terkezut dan pitam bila dengar harga rumah kat Doha.
Kat mana hari tu yer?..Oh, after shopping gila kat Naif Souq (best kan shopping kat situ ladykween?), I dengan kakak dan adik ipar I over night kat rumah Cikegineer Sue yang baik hati itu. The next day, we all bangun awal sebab nak naik Big Bus ronda ronda Dubai. Tapi, for your info my friends, nak dapat teksi kat Dubai ini punya lah siksa. Dekat 1 jam juga lah menunggu teksi and harganya memang mahal. To cut short the story, at last we all dapat teksi sampai jugak la ke Deira City Center nak naik Big Bus pukul 10 pagi.
Bagi sesiapa yang datang ke Dubai (bukan package), Big Bus is the best option for sighseeing. Dia cover seluruh Dubai dan semua tempat perlancungan (must visit places) kat Dubai. Pulak tu, bas ni dua tingkat dan tingkat atasnya terbuka, so u all boleh menikmati pemandangan tanpa batasan (unlimited view). Memang puas sangat, tak macam naik kereta, dah lah rendah, ada bumbung pulak tu. Tak dapat nak tengok pencakar pencakar langit di Dubai yang sangatlah cantik architecture nya. I memang admire sangat architecture kat Dubai, every building is unique.
Walaupun harganya agak mahal , Dhs150 bagi orang dewasa & Dhs 100 bagi kanak-kanak. Tapi I rasa amatlah berbaloi sebab dia cover City Tour and Beach Tour. Di tambah lagi dengan 1 hour Dhow Cruise Trip along the Dubai Creek for free...To tell u guys, Dhow Cruise Trip ni menang la best! I akan ceritakan in the next next entry..may be Jom Jalan Jalan Dubai Part 4 kot.
All tours have the hop-on, hop-off facility and live English commentary is guaranteed on every departure. Tickets are valid for 24 hours (minta maaf ayat ciplak..). Tapi coupon untuk Dhow Cruise Trip valid bila bila pun, nak naik next day, next week, next months pon boleh.
To my friends from UK (or what ever destination) yang selalu transit or stop over kat Dubai (DBX) seharian tu, I cadangkan, tak payah lah you all melangut kat airport tu. Ambik teksi naik Big Bus kat Diera City Center pukul 10 pagi (Diera City Center ni dekat sikit dengan Airport), kalau nak awal lagi, pergi ke Wafi City di mana bas bertolak pukul 9 pagi. The last bus will stop at 9 malam. Kalau u all kesuntukan masa, tak payah lah hop-off, duduk jer atas bas tu, dalam masa tak sampai pun 5 jam dah boleh ronda ronda seluruh Dubai. On the way back to UK pulak, masa stop over tu, guna pula Coupon Dhow Cruise Trip yang last forever tu... Untuk mengetahui lebih detail lagi layari lah laman web Big Bus atau u all boleh contek I, I boleh cerita dengan lebih terperinci lagi...Big Bus should give me some commission for this promo. Big Bus ini memang di import dari UK. The view dari atas bas. Masa ni bas sedang melintasi Dubai Creek.
Dubai yang dahulunya dapang pasir, sekarang very greeny.
One of the view dari atas bas...
The view of Diera Dubai juga di kenali sebagai Old Dubai.
Photo photo di atas ialah sebahagian pandangan yang dapat dilihat semasa City Tour.
Above: Wafi City Dubai.
Big Bus pertama bertolak dari Wafi City pada jam 9 pagi. Dan bas bas yang berikutnya bertolak setiap setengah jam. Bas akan berhenti di 23 hentian (seperti di senaraikan di bawah). Big Bus ini berkonsepkan hop-on hop-off, jadi u all boleh berhenti di mana mana hentian, selepas 30 minit, bas lain akan datang dan u all boleh lah naik bas ittew. Ingat!! Jangan hilangkan tiket!!.. tak boleh naik la jawabnyer. Tapi I dengan my sisters in law ni muka glamer, tak payah tunjuk tiket, dia terus kasi naik. He he he...sebabnye majority yang naik ni mat mat dan minah minah saleh, and bercouple pulak. Kite orang ni macam 'tiga dara pingitan', muka Asean pulak tu. Mahunyer tak glamer...Ramai orang ingat kite orang ni students lagi..aww perasan muda aku!!
One more thing, timing is very important. Kalau terlepas bas yang setengah jam tu, kena lah tunggu lagi setengah jam. . Tapi jangan risau, jadual waktu diberikan bagi setiap hentian. Bas yang terakhir pukul 9 malam. Kalau terlepas yang ini, naik teksi la jawabnya.
CITY TOUR (Red Route)
1. Wafi City
2. Creek Walk and Danat Dubai Berth
3. Al Fahidi Fort (Dubai Museum)
4. Dubai Old Souk
5. Sheikh Saeed Al Maktoum House
6. Gold Souk
7. Abra Station
8. Deira City Centre
9. BurJuman Mall
10. Karama
Route Maps for Big Bus Dubai Tours.(Click to close up the map)
BEACH TOUR (Blue Route)
11. Deira City Centre
12. Wafi City
13. Mercato Mall
14. Jumeirah Mosque
15. Jumeriah Beach Park
16. Jumeriah Public Beach
17. Souq Madinat Jumeriah
18. Le Meridien Mina Seyahi
19. Royal Meridien Hotel
20. Oasis Beach Hotel
21. Hilton Jumirah Beach
22. Sheraton Beach Hotel
23. Mall of the Emirates
Memandangkan banyak sangat hentiannya, we all we all cuma hop-off di beberapa hentian saja...(to be continued Jom Jalan Jalan - Dubai Part 3)
p/s: Hu hu hu...my asben baru bagi tau, may be esok internet rumah I dah expired (kan kite orang nak pindah) so, I dah tak boleh berinternet lagi buat sementara waktu :-(


4 comments:
Aiyyooyoooooo kenapalah UK takleh se indah dan se hijau dan se panas Dubai??? Mak makan hati nok!!!!
Absolutely stunning..I will remember what u said, Aina..kalau mak naik emirates dan andai kata mak kena transit kat Dubai ke apa ke, haruslah mak akan anik bas ittew.... seronok sangat!!!!
Aikk..orang belum habis lagi dah bagi komen, veru da advance. Hi haa..I ada tambah gambar lagi, and few more story mory...
Tapi kan memang best sangat naik Big Bus ni..terasa dunia ini amatlah luas.
Mak nak sgt tengok Burj al arab (walaupun org kata ada tanda salib besaq kat bangunan tuh..hahahah), World island & Palm Deira - sebab mmg femes yaamat! Mahunya kena dok kat Dubai lebih dari sehari tak?
Thx u ols for the photos
wah..!! shopping memang best kalo byk duit...memang tak henggat apa dah...semua nak dibelinya...
syiiookk nengok all the pics of dubai tuh..tak sabar nak tunggu ur next entry with lots of cool picx...
errmm...bila nak ada internet line balih nih??
Post a Comment