Saturday, January 27, 2007

Fish Market and My House

FISH MARKET AL KHOR

In my previous entry, i did mentioned about my trip to Fish Market kat Al Khor. Sebenarnya, we all boleh beli ikan kat pasar di Doha, cuma sebab hari tu Sham nak tunjukkan jalan ker Al Khor to my asben, so we drop by kat Fish Market ini. I sempat posing dengan Leen, Sham dan anak mereka yang sulung. Siap bawa baldi nak isi ketam :-)Ini lah dia, fish market kat Al Khor. Bersih....Ikan udang dan ketam kat sini memang la fresh...baru naik dari boat. Malah ketam ketam masih berjalan..eee...I geliiiiii......Harga dia agak mahal jugak, actually harga dia bermusim. Harga pada hari itu, ketam QR18/kg (QR1 ~ RM1) biasanya less than QR10/kg. Udang dia gumok gumuk..I beli sekilo QR30, tapi rasanya manissss sangat, maybe sebab fresh. Ikan kembung QR6/kg.
Penimbang dia still kuno..pakai pemberat..kesiannnn.....

Bot bot nelayan.....I love this view. Unfortunately my camera is not very good :-(


MY HOUSE

Tadaaaa.... ini lah rumah ku dekat Zoo Doha, selepas di furnished kan ala kadar (sorry laa masa gambar di ambil still messy) . I pilih majlis set, ala ala arab gitu, so that ruang ittew nampak luas sikit, lagipun harga nya murah sajor..QR600 lebih set for 6 person. Am still looking for coffee table, tapi belum jumpa yang sesuai. I ingat nak cari coffee table yang besar sikit so i boleh gunakan sebagai meja makan ala japanese style. 2 in one function he he he... Hari tu I ada jumpa satu coffee table yang besar kat Najma, tapi design dia very la kelly test. Tak rela I..... Sesiapa yang tahu kat mana ada ada jual coffee table yang besar, plse inform me. Kalau second hand pun tak kisah. Satu lagi, we are looking for heater, rumah ini amatlah sejukkk..sebab lantainya tiles. dah tanya banayk tempat, semua kata heater out of stock. Tahun ni suhu kat qatar in expectedly low, so semua orang berebut beli heater. We managed to get a small fan heater 2kW. Itu pun harganya double QR97. Cukuplah untuk panas kan tempat tidur.
Another view of my living area. Rak ittew pada mulanya we all beli untuk TV rack, tetiba my asben tukar fikiran nak taruk TV kat corner. I plan nak letak console table kat situ, tapi tak tahu lah bila boleh dapat yang sesuai dengan budget yang ciput....
This is our bedroom, maaf lah..luggage masih besepah, masa ambil gambar belum habis unload baju dalam almari lagi. I rasa it is a good bargain jugak, we all dapat 2 almari baju ( 2 doors each) plus dressing table cuma QR1,000 (~RM1,000). Tilam tu beli kat Carrefour RM700 sajorrr..tak mampu laa nak beli matress base. Asal ada tilam dan bantal dah cukup.
He he he...ini lah dapur...bersepah lagi. Buruk sangat kabinetnye. Peti sejuk pun beli kat Carrefour near Hyatt Plaza jer. Tapi pengalaman delivery petisejuk dan tilam dalam Carrefour mamang menyakitkan hati. Tukang hantar barang tu cuma buat miss call saja and kite kena call die orang balik. Kalau u all nak tahu, kat Qatar dan juga UAE tak ada proper address, sebab tak ada posman kat sini. Semua orang kena sewa peti surat. Penat kite orang sketch map ke rumah, hampeh!!!..the officer tu tak kasi kat driver. janji pulak janji 'kelly eng'..puas menunggu sepanjang hari, kata nak hantar pagi, malam baru dia hantar. At last kita orang kena keluar fatch lori peti sejuk kat Petrol Station and lori tilam kat depan Hyatt Plaza. Seumur hidup di Malaysia tak pernah ada pengalaman cam ni. One of my friend kata am still lucky, dia beli dapur and oven, driver tu hantar pukul 12 tengah malam......




7 comments:

Belladonna said...

Wow! Aina your house looks nice :) Chantequelah nok.. I like sitting down on the floor gittew.. Lepas makan boleh terus baring dan tidur, muuahahaha (dasar kucing gumuk, hihihi).

Fresh seafood? Lain kan rasa dia..manis kalau fresh2. Teringat gi pasar ngan mak. Take care Aina. We missed u a lot. And thanks for the pics nok :)

Unknown said...

Kannn??? Umah u ols mg look very nice and look at the spaces - lots and lots of spaces for u ols and ur hubby to play hide and seek!!! LOL..:) No, seriously, it looks nice and cosy. Takde katil pun oklah tu...ala ala Jepun lah piula kan?? Hiks...

Semoga berbahagia di umah baru ye? :)

Anonymous said...

Ard> I pilih majlis set tu sebab murah and jimat ruang he he he..nanti I cari shisha buat hiasan.

Bella> U suka makan kat bawah yer..ok lah tu. memang lepas makan boleh tidur terus :-)

Lee> bukan setakat main hide and seek, main kejar kejar pun boleh he he he...

Anonymous said...

cantik rumah...ye la w/pun nomad rumah nak kena berhias jugak kan..rumah ku syurga ku..i wonder bila dah abis kontrak nanti jual ker atau biar sajer kat situ..or packing antar kat mesia?
banjir kat johor dah ok tapi few places air masih bertakung..kesian...after this mesia akan kemarau lak

Anonymous said...

alamak lupa letak nama..yg anonymous tu kak aspa yer..he he

Anonymous said...

lawa ker k'aspa? biasa saja...bila dah habis kontrak nanti jual 2nd hand ler. Tapi majlis set tu, may be bawa balik kot. Tapi tengok ler kos transportation berapa? Kalau mahal, jual jugak ler.

Encik Ayie Yang Garang said...

akak i am back!! hahHHAhAHaHah~
alaaa best nya laaa dapat umah macam tuh...