Inilah yang dikatakan bodoh sombong, tak sedar dek untung.... I ada baca beberapa artikel mengenai bantuan Malaysia ke Padang ditolak dari satu petikan,
“Kami sangat berterima kasih atas kepedulian Pemerintah
Malaysia namun karena di beberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan
judi. Kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah Malaysia dengan bantuan
negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga Minang di
Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak,” ujar Kepala Distribusi
Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan, Budi S. Ervan.
tapi I tak tahu asal dan kesahihah petikan tersebut, jadi, tak berani nak komen. Namun, dari berita Utusan Malaysia online hari ini, seolah-olah menyokong berita tersebut.
Sedih betul dengan sikap segelintir masyarakat Indonesia ini. Takbur tahap apa kah namanya ini? Yang paling sedih, dalam kita (orang malaysia) sibuk bersimpati dengan bencana yang menimpa Sumatera, bantuan demi bantuan dihantar.... sekumpulan Indonesian yang menggelarkan diri mereka Bendera bersiap sedia nak serang Malaysia 8 Oktober ini. Baca di sini Bersama Mazidul.
TUDM siasat pesawat kena baling penduduk Padang
Misi bantuan Malaysia dikatakan tak disenangi segelintir masyarakat
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit. "Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa bencana baru-baru ini.
"Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana. "Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan. "Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita akan melaksanakannya sehingga selesai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.
Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang. Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.
Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan budak-budak nakal. "Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun.
Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala," katanya. Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53 orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.
Ulasan : Grrrrr... geram betul I. Kalau ikutkan hati, tak payah lah gi tolong die orang tu. Biar "Tarian Pendet" tu jer yang tolong die orang. Tengok sikit, boleh ker Tarian Pendet tu tolong keluarkan orang yang tertimbus?? Well, kata orang, ikut hati mati... Ikut akal, yer laaa... tanggungjawab kita sebagai jiran ialah membantu. Dan kita sudah pun menunaikan tanggungjawab kita... dia orang nak terima ker tak nak terima ker, terserah laa... Lu fikir laa sendiri.


9 comments:
Dear Azila,
What can I say... Kesian kat mangsa2 bencana tu aje... And hopefully the malaysian volunteers selamat. Niat kita baik, insyaallah dilindungi Allah swt...
You know Ina, dalam beberapa blog yg tunjuk simpati dengan mangsa2 ni, publish gambar2 mangsa...Indonesian (yg bodoh jer laa..yg cerdik tak) kata kita ketawakan mereka... aduhhh.. Kita tunjuk gambar tu sebab kita simpati, kesian tengok kanak2 hilang ibu ayah. Boleh die orang marah2 kata kita ketawakan die orang ..
Cuba you baca komen yang pertama di entry ni..
http://rakyatkelantan.blogspot.com/2009/10/salam-takziah-buat-indonesia.html
"Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan semangat saudara serumpun.
Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan kembali seperti sedia kala," katanya"
salah perumpamaan tu, patutnya: cubit paha kira ... pipi kanan kena penampar !
AL
Hahahah, tul tu, tul tu...
Astagfirulloh.. apa nak jadi? hmmm.. tak tau nak cakap apa. orang yang waras berakal sehat tak akan buat keje cam tu. tambah lagi!! tidak berpendidikan dan tak terpelajar.
saya belum sama sekali mendengar berita ini dari media TV indo. begitu pula bantuan dari Malaysia tidak diberitakan, terus terang sempat heran mengapa cuma nama Singapura yang disebut, sedangkan Msia tidak,padahal reporter secara live menyinggung ada bantuan dari sana!!
adakah ini juga tanda2 dari Tuhan dengan menunjukkan jenis makhluk tak berakal seperti itu disaat tertimpa bencana juga masih tidak insaf?? hmm... entalah..
Ya Allah ya Rabbi.. semoga Engkau tunjukkan kekuasaan-Mu kepada manusia yang tidak pernah insaf dan bersyukur..
Pening!! pening!!! sedih ada! malu. walau bukan bagian dari mereka tapi muka ni rasa dah ada kat bontot kerana malu!!
Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera)... lo pecundang, lo banci, IQ and EQ lo cetek, gue doain semoga semua lo jadi berangkat ke sana dan ditembak mati oleh Polisi dan TDRM..
udah bosen banget tuh ngeliat omong kosong elo-elo pada. hmm.. kita semua orang Indonesia tau kok kiprah elo yang agak nyeleneh dikit. so mo dapetin simpati?? kelaut aja d.
Betul, memang media Indonesia memandang sepi bantuan dari Malaysia. Ini diakui oleh TV Malaysia sendiri bahawa Indonesia tak mengakui pemberian Malaysia. ANdrew bayangkan, selama ini TV Malaysia dia semua isu yg di tuduh atas alasan menjaga keamanan kedua2 negara. But now, no more... Layanan di Padang, benar2 menyingung perasaan.
Tadi interview, seorang pembesar Malaysia beritahu, "Biarlah die orang nak kata apa,kami tetap akan hantar bantuan sebab masih ramai yg kebuluran." Esok bekalan air bersih akah dihantar... tapikan, di botol itu siap ada gambar bendera Malaysia. Tak tahu laa, die orang nak minum ke tidak.
memang berhati mulia dan berjiwa ksatria pembesar tu.. i am sure he knows what is the real meaning of "Keikhlasan". Walau pedih tapi tetap dilakukan..
sedih, tak tau nak cakap apa, mesti terasa tersinggung bila pertolongan ditolak mentah-mentah.
akak, saya ni ilmu agama memang tidak terlalu bagus. tetapi saya yakin ada segelintir kaum atau orang yang memang pintu hatinya telah dibutakan oleh Allah sehingga perkataan dan perbuatan dia sudah jauh dari yang di Ridhoi oleh Allah SWT.. begitulah mereka sehingga tidak sadar diri dan perbuatan irrasional telah dianggap sebagai sesuatu yang benar.
Subhanallah nggak mau akh jadi kayak gitu.
Andrew,
Ingat tak, dalam entry yang lepas, akak ada kata..semua bencana yang menimpa2 ini menunjukkan bumi sedang berkata sesuatu. I've found one article..
Post a Comment