Monday, October 5, 2009

Malaysia perihatin

Di sana sini ada saja bencana yang menimpa. Bermula dengan Ketsana, taufan yang membawa sekali bencana banjir di Filipina, diikuti gempa bumi yang membawa tsunami di Samoa dan gempa bumi di Sumatera Barat. Selepas membaca berita-berita, saya menadah tangan bersyukur ke hadrat Allah, kerana struktur geografi meletakkan Malaysia di luar dari lingkaran api, dan posisinya juga terlinding dari angin taufan. Tapi ini semua tak menjamin bahawa malaysia bebas dari bencana. Takdir Allah tak mengenal tempat.
Saya paling bersimpati dengan saudara-saudara di Sumatera. Khabarnya, angka korban mungkin meningkat kepada 3000 orang. Hari ini, saya rasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat bagi sebuah negara yang amat perihatin dengan musibah yang melanda jiran-jirannya. Bantuan ke negara jiran di hantar setiap hari.
Walaupun rakyat Indonesia pernah membaling telur busuk ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, rakyat Malaysia diancamkan dengan operasi 'sweeping', nammun Malaysia tidak pernah berdendam. Ketika negara jiran dilanda musibah, Malaysia tampil menghulurkan bantuan. Kerajaan Malaysia telah menghanar eramai 25 anggota pasukan Mencari dan Menyelamat (SMART) bersama dengan 31 pasukan perubatan. Pertubuhan NGO juga Mercy dan Insaf turut menghantar pasukan perubatan. Belum lagi dikira bantuan kewangan.... pelbagai tabung telah dilancarkan bagi membantu mangsa bencana.
Kepada semua mangsa yang terkorban, Al Fatihah....
Berita terbaru:
Lagi gempa di utara Sumatera dan dua gempa kuat di Mindanao.... Adakah bumi sedang mengamok? Kenapa bumi mangamok? Adakah 'sesuatu' cuba disampaikan? Hrmm.... sesuatu yang perlu diranungkan.

8 comments:

Andrew said...

tak lupa negeri jiran selalu untuk mengingat hubungan yang pernah terbina, walau mengalami pasang surut tetapi bila bencana menimpa semua kenangan dan pengalaman buruk seakan sirna seketika, tergantikan dengan bahu membahu untuk meringankan beban masyarakat Sumatera.

Syukur Alhamdulillah sebanyak 330 pelajar Malaysia selamat dalam musibah ini, walaupun hanya seorang cidera. Semoga mereka kembali untuk meneruskan pendidikan yang sempat tertunda..

Aina@Azila said...

Lupakan saja segala yang keruh... kita ambil yang jernih.

Aina@Azila said...

Persoalan utama di fikiran akak ialah;
Adakah bumi sedang mengamok?
Kenapa bumi mangamok?
Adakah bumi cuba menyampaikan 'sesuatu pesanan' kepada kita?

Kadang kala, musibah, boleh dilihat sebagai hikmah, bagi mereka yang memahami ..... sesungguhnya Allah tidak menguji sesuatu dengan percuma.

Anonymous said...

terima kasih atas perhatian teman-teman Malaysia ...

bersyukurlah semenanjung Malaysia tidak masuk dalam sabuk api maupun pertemuan lempeng, sebaik sabah & serawak di Kalimantan ....

terima kasih sudah bertamu ke my blog ...

silahkan ke blog saya richocean Richocean tentang
2009 3009 ANGKA Gempa PADANG PARIAMAN. 2009 1010 ANGKA Gempa Tsunami ACEH?
2009 0110 Pagi ini Gempa Bengkulu dan Jambi Menyusul Gempa Padang
Selama 17 jam, 3x Gempa PADANG Sumatra Barat
Gempa Sumatra Barat Tiap Bulan 666 Gempa 40 Tahun

atau blog saya lainnya
Richmountain

salam ...

al-lavendari said...

ya benar malaysia tidak di landa bencana alam. tapi malaysia tidak terlepas dari bencana buatan sendiri. apa dia bencana itu ? ... tanyalah Nabil.

Andrew said...

akak, saya terfikir benda yang sama yang akak fikirkan, yang saya yakini Allah SWT sedang menyampaikan peringatan melalui serangkaian bencana di bumi ini. Semoga kita semua segera menyadarinya..

Aina@Azila said...

Richo>
Ya, alhamdulillah. tapi itu tak bermakna Malaysia bebas dari bencana.

Al-Lavndari,
Bencana akibat ketamakan manusia dalam mengaut harta alam. Saya memang sedih dengan sikap manusia tamak ni.

Andrew>
Kalau la kita semua boleh menyedarinya? Harta, kuasa, pangkat..buatkan manusia tak dapat melihat semua ini secara mendalam, atau, mungkin pura2 tidak memahami?

amiey lee said...

kak..itu juga yang bermain difikiran permata... seolah tanda peringatan ini dari Allah supaya kita disini kembali ke jalanNYA....

Malaysia juga tak terkecuali terkena bencana walau bukan gempa bumi dan taufan besar...tapi kan kita di uji dengan tanah runtuh.... taufan kecil di kelantan (tgk blog amoymelayu)

kak tau tak..emy pernah berdepan situasi tanah runtuh..waktu tu di form 5...malangnya anak jiran tertimbus dn tak dpt diselamatkan.sedih sgt sbb emy antara org terawal sampai....waktu tu pakcik jiran tu masih tertanam separuh badan...isterinya masih di hempap bumbung rumah..syukur mereka berdua berjaya dikeluarkan...walau dh lama kejadian ni..tapi masih segar kat ingatan permata