Wednesday, October 14, 2009

I need some space...please...

Dear my blog reader,

Kali terakhir I menangis, betul-betul menangis, ialah hari raya ke-3, masa on the way balik dari Kelantan ..... I was so emo on that time. Thanks to my blog readers, buat kan I berfikir semula secara rasional. Inilah, salah satu sebab kenapa I sayangkan blog ini. Yeah... I akui, am a lonely person. I dont want to cry. Am trying to live my life to the fullest. Di ruang maya inilah I rasa, I ada kawan. Di ruangan ini, I berkongsi suka dan duka, impian dan angan-angan, tanpa sempadan.......

Tapi, hari ni.... I menangis lagi. Ya... I tulis entry ini masa I tengah emosi. Biarlah apa orang nak kata kali ni, I dah tak kisah. I mesti keluarkan kesedihan ini, kalau tak, I tak dapat tidur. Yang pasti, di saat ini, air mata tak boleh berhenti menangis. I've tried but I cant... Air mata ni nak jugak keluar, hati I sayu sangat.

Semalam I ada buat entry pasal my new toy. Tak ada niat di hati walau secubit pun, nak menunjuk. I cuma nak berkongsi ... berkongsi benda baru yang I ada. Pada I, benda itu besar ertinya ... itu hasil duit gaji yang I kumpul selama ini. It is something so meaningful to me. I just want to share... to share with someone who want ot share. Tapi, I tak tau siapa yang sanggup kongsi dengan I. Sebab tu, I tulis di sini.... open to everyone who feel like he/she want to share with me. Tapi, semalam, I dapat sms dari seseorang yang I kenali, bunyi nya begini;
"Salam, hi, hp bru pun gi tau satu Dunia. Tak baik menunjuk. dtakuti RIYA' "

Mungkin niat dia baik. Tapi, bila perkataan RIYA' tu ditulis dengan huruf besar, it really made me sad, buatkan I menagis, dan tak boleh berhenti menangis sampai saat ini. To me, when he wrote it in capital letters, he is serious. I cant take it as a joke. Its not a joke... it is like a warning. Sekarang jam 12.06 malam, masih lagi air mata ni mengalir laju. I tak sangka, rupanya..ada orang pandang serong pada I. Sesuatu perkara itu, boleh dilihat dari sudut yang negative dahn positive. Contohnya, bila orang pamirkan gambar dia dapat pingat dari Yang Di Pertuan Agung kat dinding living room. Adakah itu bermakna dia nak menunjuk kat semua orang yang datang..ooo aku dapat pingat. Begitu kah? Takkk.. tak semestinya begitu. Well, for my case... Fine... I dah delete dah entry tu. Semoga 'orang ittew' puas hati. Sebab orang itu, orang yang dekat jugak dengan I. I rasa, I patut jaga hati dia kan? Shud I?

Jaga hati orang? Bagaimana dengan hati I? How about my loneliness? I need someone to talk to. My hubby is a very quite person. Bercakap dengan dia, macam bercakap dengan robot. Kadang-kadang I cakap sorang-sorang. I juga tahu, dengan orang lain pun, I tak boleh bebas bercerita itu ini, sebab... nanti dianggap menunjuk dan berlagak. Ada had dan sempadannya. I rasa, I dah cuba jaga perbualan I dengan orang sekeliling I. Tapi, kalau sampai di ruangan maya ni pun, I tak ada kebebasan nak bercerita... I rasa... entahlah... ALL I NEED IS JUST A LITTLE SPACE FOR MY SELF.

Malam ini, I rasa I benci BENCIIIIIIII BENCIIIII benci dengan dunia ini. This life is really unfair to me. At least, that is what I feel right now. I HATE THIS WORLD.....
BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII BENCI!!! TAU TAK .. BENCIIII... kenapa orang tak suka tengok I senang? Kenapa?
Sebelum gi Abu Dhabi / Doha, my hubby and I ada dua kereta, I guna kancil dan mu hubby Honda. Nak ke sana, we all jual kereta tu. Sebab Honda tu agak baru, masa jual, kite orang rugi la sikit. Lesson learn, balik semula ke malaysia, kite orang beli Myvi sebab masa tu, tak pasti sama ada my hubby nak kena posting ke luar negara lagi ker tak. Kalau beli yang besar, kalau kena posting luar negara lagi, jual, rugi... Hampir setahun we all guna Myvi sahaja.

Bila pakai Myvi, ada jugak mulut2 yang tak der 'insurans' ni sibuk menegur (bukan orang yg hantar sms tu, orang lain... someone "used to be" my friend..)
"Hi, tak kan balik dari oversea jadi miskin kot, dulu pakai dua kereta, sekarang tinggal satu?",
I cuba explain dengan ringkas, "Parking kat rumah tu limited, kalau parking kat luar nanti MPAJ saman".
Dia kata, "Beli laa satu lagi parking",
Banyak songel laa pulak minah ni, macam laa dia nak bagi aku duit. Cuba jawab dengan baik "Harga satu lot parking RM22k"
Dia jawab lagi "RM22k, mahalnyer.... kalau dah parking semahal tu, berapa harga rumah kau?"
Sejujurnya, I bagitau laa.. "Harga dia masa beli tak der laa mahal sangat (I cuba merendah diri), cuma RMXXXk jer"

Si minah kipochi ni.... "kalau harga cam ni, u beli kat kat Bangi kat kawasan rumah I beli tu, dapat double storey corner lot lagi tau...bla bla bla...."
....grrrrrr....
.......... Dalam hati I, ramainyer orang yang perihatin kan. Biar laa... malas nak explain panjang lebar.

Itulah mulut manusia..... Bila kita cakap lebih sikit, pun tak kena, bila kite merendah diri, pun tak kena.... Tapi, dah I ni hidup dengan manusia, kena lah jugak cuba menjaga hati orang. I tried to control myself in my real life. Malas jugak nak cakap dengan orang ni kadang-kadang. Satu-satunya tempat yang I rasa, I ada kebebasan ialah my blog. My blog is my space. Pada I, dunia I di blog dan dunia I di alam yang nyata berbeza. Kalau tak suka apa I tulis di blog ini, komen laa di blog.. jangan laa 'sms' sindir-sindir. Pada I, sms ialah personal. Sebab bukan semua orang boleh dapat no phone I.

Kepada orang ittew, if you read this, terus terang...I amat tersentuh hati dengan sms you. I rasa, I dah cuba sedaya upaya merendah diri (yang sememangnya I rendah pun) dengan orang sekeliling I, di dunia yang nyata. All I have is just my blog to express my feeling, to share my sadness, my happiness, my dream, impian, angan-angan ..... please give me some privacy. Please... I really need a little space for myself.

Tahu tak, sejak I kerja malam, I dah kurang masa untuk berjumpa dengan kawan2. Blog inilah ruang untuk I bercerita dengan kawan2 dan kakak ipar dan adik ipar I yang memahami I. I boleh bercerita di sini semasa mereka semua tidur, bila die orang bangun, die orang boleh baca... That is the reason why I wrote the previous entry. Lagipun dalam entry tu, I ada tulis secara specific, kepada siapa I tujukan entry tu.

Blog ini, ialah kehidupan maya I....sebab I benci dengan kehidupan I yang nyata. That is the truth. Dalam kehidupan I yang nyata, I banyak menangis. Dalam kehidupan yang nyata, ada banyak hati yang I kena jaga. I cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang sekeliling I, walaupun I tahu, ada ketikanya I gagal jaga hari semua orang. Di dunia yang nyata, I cuba untuk jadi insan yang baik... tapi nak jaga hati orang hari-hari pun letih jugak. So, I decided, tak nak jaga hati orang dalam blog ini.... . Let me have a little space of freedom here, please....

Leave past in d past .
Trying to live life to d fullest.
Taking it one day at a time.
Sleeping + daydreaming is what I do BEST.
(sorry Ard I pinjam ayat you)
Regard,
Sleeping Beauty.

18 comments:

Kata Hati said...

hmmm..ila..idup ni kalo asik dgr ckp org..kite x bole idup..lantak la ila diorg nk cakap or sms u ape pun.. janji u tau apa yg u buat...u tau niat u camne..apa org kata..u jgn peduli..cam u selalu kata..blog kite..kite nye suka la nk tulis apa..diorg suka bole baca..x suka bole bla..hehe..
dah..jgn sad2 ye..bngkak lak muka tu nnti..:D

Unknown said...

Oh uols..poor you but like Tun teja cakaplah, yang dok bising tu dia tus apa?? Diva sangat ke sampai nak menegur hidop kita? Macamlaa hidop dia tu bagus sangat kan??? yang penting, we do as we please as long as tak menyusahkan orang lain. Ada ke kita ni menyusahkan orang lain?? takde..yang orang tu dok susah sebab dia pun tak gheti gheti bahasa nak jadik "kawan" yang baik.

yang penting noks, it's our life..we lead it our own way. Biaq pi lah apa orang cakap yang penting kita puas! *HUGS*

Aina@Azila said...

Tun Teja,

yer, i ada kata, blog kita, kita punya suka laa nk tulis apa.diorg suka bole baca..x suka bole blah... tapi dia ni tak blah,,, reply kat sms,,,huhuhuhuhu...

Lee,
Dia tu orang yg penting dalam hidup I, sebab tu la I menagis sampai meroyan. Kalau oarng lain, I tak kisah Lee. Tapi, dari dia tu...I tak leh terima.

Tun Teja, Lee.
dah hampir 4 pagi, I masih nangis lagi. Tak leh berenti air mata ni...Lee, u really understandin. Ikut hati meroyan I ni, nak jer amik flight ke UK jumpa u,

Lutsinar said...

kita sekelompok kecil yang hidup di kalangan orang yang berfikiran negetif. ini tak akan terjadi kat New york, Cuba atau Russia. Habis kuat kena samun di masukkan kat loot. Eh ada ke Handset dengan rumah kat situ (Mafia wars)?

Aina@Azila said...

OOO... dunia I di Mafia Wars mewah sekali... rumah kat New York banyak, kat russia pun tengah buat kekeke... speed boat pun ada, kalau rasa2 nak merajuk, naik speed boat laa kan. Kalau I dah boring dok kat hotel I, I gi tumpang kat hotel u pulak yer... kira geng mafia free of charge laa kan..

Handset kat Mafia World lagi canggih, untraceable cellphone lagi.

Kebun pun hidup subur... damai jiwa tengok kebun tu.

Nikmat betul hidup di dunia cyber ni.

ManMount said...

Assallamuallaikium wbt,

Setiap teguran dari orang yang hampir dengan kita tu ada maknanya tersendiri, mungkin ia menunjukan masih ada orang yang prihatin atau ambil peduli pasal diri kita, Andainya setiap tingkah laku kita tidak lagi dipedulikan tentu lagi sedih rasanya, sangka baik ajalah, ok!

Berasa sedih itu bersifat semulajadi, ia datang dari emosi manusia. Tanpa sedih kehidupan kita akan mendatar tiada lagi asam garam kehidupan, sedih itu pasangan keceriaan.. tanpa kesedihan hanya untuk kehidupan di Syurga sahaja.

Ada kajian mengenai air mata.. jika kita terlalu gembira pun boleh mengalirkan air mata juga, tetapi bahan yang terkandung di dalam air mata kegembiraan hanyalah garam, sedangkan aliran air mata dari kesedihan akan membawa keluar bersama enzim-enzim tumor yang berada di dalam badan kita. Ada nikmat juga menangis ni.

Setiap kesusahan dan kepayahan yang kita alami seperti terhantuk, tercucuk duri kecil hatta hati dilukai/tersinggung sekali pun ada kebaikannya. Sebagai balasan Allah swt akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

Bila kita dalam kesusahan sebutlah nama Allah, pasti Allah akan mendengarnya.. jikalau kita dalam kesenangan kita hanya perlu mengingati sahaja Nama Allah itu pun sudah memadai.. itulah kemuliaan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Suka menjadi diri sendiri.

Andrew said...

sapa agaknya yang kepoh sangat tu? bizi body la.. sukati orangla nak tulis apa, dia nyer blog. kalau tak suka boleh blah!! semua bergantung dari niat.

sori akak agak kasar sikit, hati sendiripon kena jaga juga kak, tak baik juga asik menerima tapi tak membalas..

amiey lee said...

salam kak, selamat pagi..hmm yela kak..biasala mulut manusia sapa blh tutup...hehehe.... kalau blh tu dia kira terel la...
permata pun selalu kna mcm tu...tapi hubby selalu ckap.."lantak diorang la ney, diorang bukan nye tau susah senang kita"

hehehe hubby inspirasi diri ini..ewahhhh..
lantak deme la kak...yang penting kita happy...sonok la ada blog ni kan...leh merapu meraban..tgk la blog permata dh merapu meraban takde tema....hahahahaha

hani said...

aina... lantak lah orang nak tegur ke nak kutuk ke nak sindir ke.... this is your own space... keep on writing sleeping beauty.

Aina@Azila said...

Manmount,
Betul tu.. itu tandanya 'orang ittew' perihatin dan sayang kat I kan? Ya, think positve.

Hrrmm, rupanya menagis pun baik jugak laa yer. I memang susah nak nangis, so kejadian ni ada hikmahnya. Ia buatkan I menangis, so dapat keluarkan enzim2 tumor dalam badan... That is good.

Tapi I rasa, I dah terlebih menangis, dah kul 4 pagi pun tak berenti nangis lagi sebab orang ittew, orang yang penting dalam hidup I. Orang yang banyak tolong I.

Manmount, thanks :)

Aina@Azila said...

Manmount,
Betul tu.. itu tandanya 'orang ittew' perihatin dan sayang kat I kan? Ya, think positve.

Hrrmm, rupanya menagis pun baik jugak laa yer. I memang susah nak nangis, so kejadian ni ada hikmahnya. Ia buatkan I menangis, so dapat keluarkan enzim2 tumor dalam badan... That is good.

Tapi I rasa, I dah terlebih menangis, dah kul 4 pagi pun tak berenti nangis lagi sebab orang ittew, orang yang penting dalam hidup I. Orang yang banyak tolong I.

Manmount, thanks :)

Aina@Azila said...

Andrew,
Dia tu, someone close to me, someone improtant in my life. Kalau orang luar, akak tak kisah.. biar la dia nak kata apa. Sebab dia ni rapat, sebab tu laa akak macam orang gila sikit. Tak di luahkan, memakan diri, nak diluahkan..takut menyingung hati 'orang ittew'... But, like u said, I must be fair to myself too. I just need a lil space of freedom.

Permata,
At least suami Permata ada respon. Hubby akak pendiam... not responding kalau cerita bab-bab camni. So blog laa tempat akak bercerita.

Hani,
Ya, hari ni, I dah gain confidence. THIS IS THE SLEEPING BEAUTY'S SPACE... Lepas ni dah malas nak tapis cerita lagi di cyber world.. I akan tulis apa yg I rasa nak tulis. I nak keluarkan diri I dari belengu kehiudpan ini.

^-AmbO-^ said...

salam... hhhmmm patut lah semalam dalam kul 11.00 lebey i masuk blog akak tetiba entry tu hilang... confise gak.. tak sangka benda ni boleh jadi...
amoy pernaj lalui situasi mcm kak aina, rasa nak je g maki org2 yang mulut x ada insuran ni, masa amoy memula beli kete baru, amoy horn la beberapa kelompok jiran (surirumah ni) and angguk tanda hormat, last2 dia sound "hem.. nk menunjuk kereta baru la tu... " bengan tahap gapan so.. start pd tu balik je keje wat hal sendiri je la (wat2 x nampak) trus masuk umah, ada lagi suara sumbang " Hem.. sejak pakai kereta baru menyombong plak... " so.. what the right track for me? Susahnya nk puaskan hati semua orang nih...

^-AmbO-^ said...

So.. andrew u tak sempat la bc msg i utk u kat entry kak aina tu... haha

noel said...

been thru that situation before sampai ada org bomohkan I lagik.

I told myself...I kerja siang malam macam nak mati nak enjoy life...I deserved every minute of it. I hold that thought until now & couldnt be bother with that type of people. Kalau nak idup senang usaha la kan???Allah kan maha pengasih & penyayang...You usaha you jugak dapat hasilnya kan? kan? kan?
bodoh tol org2 cenggini.

Sabar la cik kak.

One more thing I realized, your writing is superb nowdays. Aku gak yg tak hapdet2

Aina@Azila said...

Hayya, Amoy, wa manyak solli laa..lu punyak komen kat Andlu dah didelete sekali dng ently arr.. hehehe...

Tu la kan Amoy, bila kita berdunia dengan org ni, cam cam hal laa...

Noel>
Cek tau ABg Noel, ramai gak kawan2 kita dah kena kan. Mama irdina pundah merajuk sebab org kata dia tayang beg..

My writing is superb?? wakakaka... superp in term of rajin hupdate ada la. Tapi tetap laa konsep merapu meraban. Rajin hupdate sebab tengah boring ... tak dak benda nak buat, tak dak orang nak cakap, blog laa tempatnya.

yunia said...

salam sis apa kabar?semoga sis dan kelurga sehat ya,sedi juga bila aku baca kisa ni sis.ya memang sangt la sedi bila orang yang dekat dengan kita melontar kan perkataan yang sangat kasar.lain dengan orang yang tak rapat dengan kita,sebenar nya orang yang dekat dengan kita la yang paling muda meluka kan hati kita,karna dia tau kelemahan kita.itu honey dapat rasakan,karna sering terjadi dalam kehidupan honey,orang yang paling dekat dan tempat honey berbagi rasa,kakak honey sendiri yang tipu honey habis2san,nangis tak henti di buatnya,sampai mera dan bengkak mata,ini la kehidupan kita mesti banyak bersabar,bermacam2sipat manusia,semoga kita jangan la ikut seperti mereka,yang tak bisa menjaga perasaan orang lain,kalu di perhatikan orang yang macam ni ada la orang yang mempunyai sipat irih hati dengki,dengan orang seperti ini jangan la suka berkungsi cerita kegembiraan kita,karna di hatinya tak ingin melihat kita lebi dari mereka,tak ingin melihat kita bergembira,ini pelajaran dan pengalaman honey sendiri dengan orang2semacam ini.tapi coba la kalu kita cerita tentang kesedihan kita dorang macam gembira,boleh di lihat dari raut waja nya hehehe
honey da terjumpa banyak dalam hidup honey orang2semacam ini.sis sabar ya doa kan yang terbaik untuk dia,semoga dia tak ulangi lagi kekasaran nya kepada orang lain insyaallah:)

Aina@Azila said...

Honey,

Benar tu Honey... kalau orang yang rapat tegur, memang terasa. Kesian juga kat Honey ya.. sabar ya sis. Bila dengan orang yang rapat, kita jadi serba salah, nak tegur atau tak. Nak jaga hati dia atau nak jaga hati sendiri.

Ya, akak selalu mendoakan kebaikan dia sekeluarga... sebab dia salah seorang insan yang penting dalam hidup akak.