Thursday, October 15, 2009

Kisah bila Sleeping Beauty tak tidur...

Biasanya I habiskan masa di rumah, terperap di rumah.. sleeping and day dreaming. Minggu lepas dan minggu ni, I agak aktif. Adoii rupanya bahaya jugak jadi aktif, banyak fulus keluar.. macam yang Amoy Melayu kata laa.. semua tukar baru hehehe. Orang perempuan, bila dah terlepas di shopping complex tu, rambang laa mata. Tapi I tak jalan jauh, I sedar, radius I cuma dalam 10km jer. Baru I perasan, I dah lupa map of KL. Once upon a time I was a good driver, but now no more. Nak drive ke KLCC pun I boleh sesat huhuhuhu. Area I cuma Ampang, HuluKelang, Wangsa Maju dan Setiawangsa jer. Milage kereta I boleh dikatakan tak bergerak..

Paling jauh, hari Jumaat lepas, pagi, jumpa kawan. Lepas tu rush ke Sg Buloh amik kakak ipar dan anak2 sedara bawa di Hentian Duta. Sebelum ke Hentian Duta tu, singgah ke rumah Kak Pah, lepas tu singgah ke Kepung amik lagi sorang anak sedara nak bermalam di rumah I. Sampai ke Hentian Duta, turun kan kakak ipar dan anak2 dia. Tinggal lagi sorang anak sedara dalam kereta, bawa balik ke rumah I. Thanks to Kak Lina sebab tolong guide kan jalan yang patut I lalu. Kalau tak memang sesat laa... Di sebab kan kes ini lah, semangat I nak beli toy baru semakin kuat. Nak henpon yg ada navigator kononnya.

Malam nya, I pergi ngajar tuisyen. Balik jam 11 malam...aduhh.... baru perasan minyak kereta bah habis. All this while always take for granted, minyak kereta bertambah dengan sendiri sebab my habibi tolong isikan. Panic kejap kat stesen minyak tu sebab tak ingat cam ner nak isi minyak. Kredit card pulak lupa bawa, biasanya, cucuk jer credit card, anggat nozzle isi. Ini, kena gi bayar kat kaunter... Barulah ku sedar bahawa harga minyak dah naik. Ingat pula ada anak saudara kat rumah, esok pagi dia nak breakfas apa? So masuk ke kios, beli roti untuk esoknya. Ingat juga, susu dah nak habis di rumah, nak bancuh air esok pagi. Ini lah, orang perempuan, selalu fikir macam-macam. Dah isi minyak kereta, beli roti, beli susu... khalas (habis), OK boleh balik rumah.

Sabtu, pagi.. I as usual laa... sleeping beauty kan. Tambahan pula, habibi baru balik outstation malam tu... dua-dua lambat bangun. Dah pesan kat anak sedara, pagi2 self service, kalau nak tunggu Cik Ila memang kebulur laa.

Lepas Zohor, gi K4 beli grocery pulak. Habibi tak ikut sebab dia penat lagi. Bawa anak sedara sebagai teman. Petang, my student yang amik PMR call, ada soalan yang dia tak tau nak buat.. so, on the way balik rumah, I singgah rumah my student tolong dia solve soalan2 yang dia tak tahu. I memang respek student I ni sebab dia ada initiatif nak telefon tanya.

Ahad pagi, my habibi siap nak gi outstation lagi. Tengah hari pulak, Abg Mie dtang amik anak dia kat rumah I. Lepas tu... I dah tak tau apa nak buat. Terbayang2 henpon yang I bekenan tu. Habibi tak ada. Semua kawan2 I sibuk dengan open house. Jam 4 petang call Sarah. Yey, dia free.... turun start kereta, gi amik Sarah. Dan, terbeli laa henpon baru yg jadi kontroversi dalam entry sebelum ini.

Masa hantar Sarah, berbual dengan Mama Sarah. I dengan Mama Sarah ni memang alergik, tak boleh berjumpa. Kalau jumpa memang bual panjang... nak pulak bila dua-dua cakap Kedah. Sedar tak sedar, dah kul 11 malam. As my habibi tak ada di pujuk oleh Sarah dan Mama Sarah, I pun bermalam laa di rumah Sarah.

Isnin pagi, balik rumah. Busy explore my new toy. Flip tru my blog, baru lah I sedar, banyak benda I beli lately rupanya. I think, lepas ni, I kena kembali jadi Sleeping Beauty laa. Jadi Sleeping Beauty jimat duit, sementara nak kumpul duit semula.

Selasa, I duk diam kat rumah... malas nak keluar. Tiba-tiba, fire alarm berbunyi laa pulak. I dah dapat rasa, ni mesti false alarm. Dalam pada alarm berbunyi, sempat lagi tukar pakai jeans+ t-shirt+ tudung (tak kan nak keluar pakai baju dalam rumah jer, seksi you...). Sah, false alarm.

Malam, ada dinner...special dinner sebab my student yang amik PMR dah habis exam. So kite orang keluar makan kat restoran arab kat depan rumah I.

Agaknya, Sleeping Beauty tak cukup tidur kot, sebab tu la dia meroyan dan sensitif sangat.... I think I shud get back to my bad habit again. Masa I tidur, aman jer hidup...
sleeping + day dreaming = heaven on earth

3 comments:

permata hati said...

kak selalu ke habibi akak outstation..wah mesti bosan jugak kan duk umah sorang2..

hubby emy pun terlalu busy keje pagi2 balik mlm...bosan sgt duk umah..sabtu n ahad pun dia keje tau...kalau cuti hari biasa..time tu kita plak yang keje...

skrg dia dh start keje dh strat balik kebusyan tu..hmmm

skrg dh ada si kecik tu hilang sikit rasa boring tapi nk kuar plak tak bleh huhuh.. sbb kete masih dlm workshop..huaaaaaa

al-lavendari said...

Sleeping beauty ... nak maintain beauty tu kena pakai duit gak kan?

Aina@Azila said...

Permata>
Yer, selalu jugak dia outstation huhuhuhuhu.... sebab tu laa blog ni jadi teman baik akak.

Al-Lavendari
Bila tidur, tak keluar shopping... jimat duit. nak maintain beauty? pakai bedak sejuk jer kekekekeke..