Tuesday, October 6, 2009

Dah tak tau apa nak kata....

Petikan dari The Star, Ahad 4 Oktober.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/4/focus/4839822&sec=focus

Bila baca, memang lah terserlah kemengongan ahli kumpulan ni. Tapi, bila difikirkan balik, orang yang mengong ni, tindakan mereka membabi buta @ unpredictable. Dengar modus operandi dia, dah cukup rasa seriau. You all fikir lah sendiri.

12 comments:

al-lavendari said...

apa-apa yang ingin kita katakan, mestilah benar ... tetapi tidak semua yang benar itu, mesti di katakan !

apa kata awak?

Aina@Azila said...

Tapi banyak perkara yang tak benar diperkatakan kebelakangan ini...

benar dan tidak benar?
siapa yang berkata benar, siapa yang tak berkata benar?

...entah...saya dah tak tahu.

amiey lee said...

heee tak paham...apa yang the star cakap?

Aina@Azila said...

Permata>
The Star tak cakap...dia tulis..wakakakaka.....*jgn marah

cuba clik kat sini, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/4/focus/4839822&sec=focus

Star melaporkan, ada satu kumpulan di Indonesia yg menamakan diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) merancang untuk 'ganyang' Malaysia pada 8 Oktober ni. Katanya mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk menyerang malaysia ... alasan yang pada Akak, tak masuk dek akal langsung. Sah sah mereka ini adalah mangsa provokasi pihak tertentu.

Walaupun mereka ni tak nampak intelektual seperti kawan kita Andrew tu, tapi, Akak rasa, kita tetap tak boleh ambil ringan kata2 mereka... orang bengong ni kalau mengamok, lagi unpredictable.

amiey lee said...

heee aiseh nk kna bina kubu ni... dasat la mereka tu...pasal tarian pun nk perang... hmm takut nanti kalau mati...bukan syahid tapi mati katak.. tapi kan diorang ni segelintir je bukan suma mcm tu.... yang segelintir tu seharusnya kna buang negeri

Aina@Azila said...

Memang segelintir jer..... yg baik cam Andrew tak kan nak buat cam ni. Nanti kedut habis baju dia.. hihihi..just kidding Andrew.

Tapi yg segeintir ni yg nak buat haru biru. Once they do that, orang kita pun hilang sabar... HABISSS!!!!

Andrew said...

akak n permata, Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA)tu dah terkenal kat indonesia agak2 'nyeleneh' a.k.a sarap sikit. dorang sukati nak buat. dajal2 ni di back up oleh satu petinggi Indonesia. upss... ish.. salah cakap kena cucok bambu runcing nanti sya.. wakakaka...

kita tengok jer apa akan jadi 8oktober ni, adakah sotong-sotong ni betul2 nak meredah perbatasan Kalimantan-Serawak tu..

Aina@Azila said...

Andrew>
Apapun akak mulai risau. Kalau dulu, Malaysia sentiasa mengamalkan polisi mengalah (give in). Tapi, kalau laa dajal2 ni benar2 buat kacau... memang buruk padahnya. Dah la bantuan di Padang dituduh macam2... Sedih huhuhuhuhu.....sedih....huhuhuhuhu...

Andrew said...

akak janganla risau.. saya yakin TDRM sudah menyusun stragegi untuk menyambut kedatangan komunitas ini.. oya akak Pemerintah Indonesia mengizinkan Kerajaan Msia untuk mengambil tindakan terhadap warga Indo yang berulah di sana.

Salut dengan Menteri Pertahanan tu yang berhati mulia. dalam pada dibaling pesawatnya tapi tetap having positif thought!! masih mengatas namakan amanah dan bangsa serumpun..

baling pesawat orang, pesawat sendiri pulak yang banyak jatuh tak da angin xda ribut..

boleh dimengerti komen2 dari negara tetangga yang merasa terhina. sayapon kalau berada pada posisi itu pasti akan bertindak serupa.

kekadang ni kak setiap nak masuk malaysia saya rasa kecut hati berdepan dengan kastam nak cop passport, takut dorang membalas pada pelancong dari Indo, tapi Alhamdulillah tak pernah ada masaalah..

Andrew said...

andrew nak citer sikit ni kak, walau sama berpendidikan tinggi, kawan andrw pompuan yang satu ini beza sikit pola pikirnya. dulunya bercadang Desember ni nak ajak saya lawat Malaysia, plan dah disusun dan tetiba ada masalah tarian dan klaim pulau dier tup tup batalkan plan seketika dengan alasan "i hate Malaysia". wow.. padahal dulu dier ni sampai nak amik Master Degree kat Malaysia.

saya cuba jelaskan permasalahan klaim tari tu dan pulau. walau akhirnya masuk akal dia tetapi dier tetap tak berubah membenci Msia.. entala rambut sama hitam, pendidikan sama tinggi tapi hati orang berbeda ya..

ada lagi kawan saya yang tergila2 ngan Msia sampai paksa saya cakap melayu kat dier. wakakak.. die tau saya bole cakap melayu sebab lama tinggal kat Riau..
mhh... pening..

Aina@Azila said...

Hahaha...macam-macam gelagat kawan2 Andrew tu. Itu laa manusia, rambut jer sama hitam...opps tak..rambut Encik Al-Lavender dah putih ...opppsss..

Akak rasa, Andrew tak perlu risau laa kat Kastam Malaysia, sebab kalau masuk Malaysia cara legal, kite orang tak kisah. Yang dikisahkan illegal imeigrant.

Just my advise, as a precaution, kalau nak masuk Malaysia lepas ni, make sure ada enof cash or credit card. Mana lah tahu, tiba2 Malaysia tukar sistem ikut cara British and Ireland. lately dah mula banyak Indo yg masuk sebagai tourist dan kerja illegal sebab tak dapat permit kerja yg sah.

Andrew said...

warghhh...!!! ini ni yang buat tak berkenan ni kak, ada lagi yang guna cara cam tu ker?? wow.. memang bergeliga betul la kalau dah otak penipu ni..

dieorg tak fikir ke dengan cara dorang camtu dapat berimbas kepada orang2 yang memang resmi berstatus pelancong (cam saya ni).. ish teruk..teruk..

akak thanks your advise. berharga wat saya. card credit saya baru tau tu kak, tapi kalau cash memang dari dulu kitorang kena tunjuk, biasa ready dalam RM1500. tapi Alhamdulillah tiap cop passport saya tak pernah diminta perlihatkan duit tu, agaknyer kastam tu tau muka saya ni bukan muka kesian, muka pelancong.. wakakakaka...

nasib naik ada kad kredit, baru jer siap. tapi akak insyaallah tak der masaalah sebab passport saya bertepek cap keluar masuk malaysia rata2 4-5 hari tiap hujung tahun.

ada satu kastam tu cakap kat saya camni: "awak tiap taun lawat Msia ker? kenape tiap October? Ogos bolela kan ada big sale.." ish.. berdegup rasa jantung ni akak sebab saya takut tau ada benda2 lain dorang tanya n saya tak dapat jawab.. kikikikik...