Tuesday, October 27, 2009

Terkenang semasa dulu.

Teringat zaman dulu-dulu, masa tengah muda remaja. Am kinda a happy go lucky gurl. Masa masuk UTM, I sorang jer dari Sekolah Sultanah Asma. All my school mate pergi univ lain. As a talkactive gurl, tak susah I nak dapat kawan. I hampir dapat tawaran masuk UIA, tapi I reject sebab... my mentality at that time, masuk UIA kena pakai tudung labuh huhuhuuh...jahat kan I?

First week kat UTM memang mengelabah sikit. UTM majoriti setudent nya lalaki.. 80% lelaki dan 20% jer perempuan. Technical School laa katakan, memang laa majoriti lelaki. Dalam kelas I pun, out of 60 pelajar, cuma 11 perempuan. Bayangkan I dari sekolah perempuan semua, tetiba masuk ke tempat majoriti lelaki... aduhhh... tengok kanan lelaki, tengok kiri lelaki.... Nak pergi ke cafe, yang beratur ramai lelaki. Tapi, I keraskan semangat. Once I step in, I will not step out. I buat bodoh jer. Nak tunggu lelaki habis kat cafe tu, memang mustahil. Masa tu memang culture shock laa. Out of sudden, rasa menyampah dengan lelaki, sebab lelaki ni suka tegur itu ini... pakai baju merah pun dia tegur. habis dari kepala ke hujung kaki budak2 lelaki ni perhati. Bit by bit, I build my own princip... "aku minta duit kau ker?..gasak laa malas nak layan".

Terus terasa rindu zaman persekolahan. Sekolah perempuan semua memang best... bebas sebebas-bebasnya. Nak menyanyi ker, nak menjerit ker, nak terlalak ker... kurang sikit rasa malu. Yang menjadikan girls tu bersopan, bila ada boys. Yang menjadikan boys tu bersopan bila ada girls. It is the nature of human. Tambahan pula di alam muda remaja... time tengah gatal merenyam kan. Always want to look perfect in front of boys.

Memang sekarang I rindukan zaman persekolahan... zaman di mana ada girls power. Zaman girls without boys. We proved we were outstanding. Zaman tu, sekolah I dinobatkan sebagai sekolah ke-dua erbaik di Kedah. Tak ada yang gagal SPM. Lebih dari 90% dapat Grade 1. Cma 18 orang dapat Grade 2. Kami kalah dengan MRSM Kulim, die orang score 100% Grade 1 ...huhuhuhu....

Ingat lagi setiap kali perhimpuan, menyanyi lagi Negaraku, Lagu negeri Kedah dan lagu sekolah... memang lunak suara semua girls menyanyi sambil diiringi piano.
Sultanah Asma Secondary School Song

Sekolah Sultanah Asma,
Lahir dari cita-cita,
Mendidik Sri kandi bangsa,
Berjaya sepanjang masa.

Berjanji setulus hati,
Berikrar semurni kata,
Belajar, berilmu, berbakti,
Tertunai harapan semua.

Dengan tekad dan keyakinan,
Berazam mencapai kejayaan,
Hadapi dugaan cabaran,
Demi kesejahteraan, masa depan.

Oh, sekolah tercinta,
Mekar subur perkasa,
Namamukan dipelihara,
Dengan peribadi mulia.

Satu perkara yang paling I bangga... pelajar sekolah sultanah asma tak berlagak seperti TKC. (maaf ya kalau ada pelajar TKC di sini). Walaupun Sekolah Sultanah Asma boleh dikatakan elite school, tapi kami memang di didik supaya menjaga peribadi, jangan berlagak.... I ingat lagi pesan cikgu "Kalau kamu nak berlagak? sampai mana? Kita semua tetap manusia...tetap berpijak dibumi yang sama, tetap menjunjung langit yang sama"

17 comments:

amoymelayu said...

Huhu... kak aina nape kita sama arini,mcm ada gelombang je... amoy pn tgh rindu zaman sekolah sambil belek2 album, uhuk! zaman paling enjoy and best tapi sume tu tak akan berulang lagi...

ingat ari ni nk masuk entry pasal zaman skolah tapi busy giler...

Well best quote kat aina:

"Yang menjadikan girls tu bersopan, bila ada boys. Yang menjadikan boys tu bersopan bila ada girls"

Nice... memang tul pun...

Andrew said...

UTM: University Teknologi Malaysia.
UIA: University Islam Antarabangsa.
UPM: University Pertanian Malaysia
ITM: Institut Teknologi Mara.
UKM: hmm. agak lupa la. University .... Malaysia.
betulkan akak semer singkatan tu? hehehe... yang kat atas tu menjadi reference pelajar kami bila nak menuntut ke sana..

wow.. your background education best la akak. jebolan sekolah favorit rupanya.

gimana rasanya dikampus yang banyak cowok hehehe.. serukan? jangankan soal dandanan, kalo jawab pertanyaan dosen benar disorakin, salah disorakin juga. heheh.. heboh pokoknya..

ingat dulu kak, ada makwe tu tiap minggu body bleaching.. wow putih melepak harum mewangi. sedap duduk tepi dier bila belajar, sebab dia suka tanya saya bila tak paham.. wkakaka.. kesempatanla dalam kesempitan. kikikik...

Aina@Azila said...

Amoy,
Agaknya kita sehati sejiwa kot... tiba2 rindu kat alam persekolahan. Siap menyanyi lagu sekolah lagi kikikiki... Masalah yang paling besar pada masa tu ialah "EXAM"... selain dp tu, tak ada masaalah..

Andrew,

Betul!!!.. cuma ITM dah ditukar ke UiTM sebab udah di upgrade kepada universiti. UKM pula Universiti Kebangsaan Malaysia.
Univ yang mana Andrew maksudkan jadi reference tu?

Sekolah akak tu tidak laa famous sangat. Cuma di peringkat negeri Kedah saja, tak glamor mcm seperti Kolej Tunku Kursiah (TKC) atau Sekolah Tun Fatimah (STF).

al-lavendari said...

kalau lah masa dapat di putar kembali, saya tak rela kembali ke masa lalu. semuanya sayu, semuanya pilu. kalau cerita pun orang tak kan percaya ... lebih baik tak usah cerita.

al-lavendari said...

kadang2 saya cemburu sangat bila baca cerita gembira seperti yang awak cerita. ye lah bahagian masing2. apa2 pun saya tidak sekali2 menyalahkan takdir dan saya amat bersyukur dengan apa yang sedang saya nikmati sekarang.

al-lavendari said...

... mungkin kalau saya dilahirkan dengan sudu perak di mulut, entah2 saya telah menjadi jembalang tanah. tetapi kerana terpaksa melalui pengalaman susah dan hiba, menjadikan akan saya ini se orang orang seperti adanya sekarang ini.tamat.

Aina@Azila said...

Al Lavendari,

Kesusahan di masa lalu buatkan awak semakin tabah dan matang meniti liku2 hidup. Buktinya, awak dah berjaya sekarang. Pernah kah awak bermimpi mengecapi nikmat sebegini dahulu?

Hidup ini bagaikan roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Saya sebaliknya.... zaman kanak2 saya riang. Tapi zaman awal dewasa, saya mula diuji dengan ujian yang tak ramai orang melaluinya. Ujian yang saya rasa saya dah tak larat nak hadapinya.

Al Lav,
Kalau awak tersinggung dengan entri ini, maaf kan saya ya. Saya cuma terkenang zaman "girls power dulu".

p/s: seingat saya, dulu saya makan sudu plastik jer. makan nasi pakai tangan...ngee...

Ina said...

Dear Azila,

Hehehe... I pun sekolah all girls jugak dulu. Sampai sekarang masih contact ngan some of my classmates and dormmates... Sekolah pompuan semua bestkan, selamba badak je buat macam2... hehehe

Anonymous said...

Terkenang zaman belajar di tadika.. dari mandi pagi, pakai baju dan semuanya lah ibu yang buat, semua dah tersedia... cuma ikut arahan je...kat sekolah pun banyak bermain dan berpiknik je.. bila pulang berjemput dan takada homework pun kat rumah...takyah nak fikir banyak-banyak... indah betul zaman tu..kan..kan..

Andrew said...

setuju betul akak cakap hidup ini bagaikan roda kadang di atas kadang di bawah..

hammm.. tak update la saya psal ITM dah berganti kepada UiTM.. ah ya baru ingat kepanjangan UKM tu.

UKM, UPM dan UTM selalu tiap taun dorang adakan "Education Exhibition di Jakarta, Surabaya dan Medan. ke-3 perguruan tinggi itu sudah bergema di negara kami kak. Univ2 negeri di Indo juga menggalakkan amik S2 (Master Degree) disalah satu dari 3 univ di atas tu.
sebab kabarnya perguruan tinggi di Msia sudah mengadopsi sistem pendidikan Australia, so xyah jauh2 g Aussie spend much money lebih2. Msia jer dekat dengan qualiti yang sama.

kak, masa dulu Puan Wan Azizah Wan Ismail pernah beri kuliah umum di kampus saya (Universitas Indonesia). cerdas orangnya dari isi speech kitorang boleh nilai berkualitas. sayang suaminya Dato' Anwar Ibrahim tak datang. adakah dia seorang politikus (ahli politik/pengamat politik) di Msia?

sekolah unggulan walau di peringkat daerah boleh mengantarkan kita untuk mengenyam pendidikan di Univ terkemuka di negara kita kak. tul tak?

amoymelayu said...
This post has been removed by the author.
amoymelayu said...

Hmmm... tu tu allavendari... dr sek. tadika sampai menengah memang hidup penuh enjoy... but bila dah masuk ipta sempat enjoy 2 sem je pastu terpaksa stop blaja... sebab amoy jatuh sakit kronik, setahun dok hospital, 1 bln kat icu bertarung nyawa, 2 x major operation, asingkan diri dari semua orang, tak ada kawan,lonely... so lonely, tak ada dunia happy,sume hilang mcm tu je... but lepas hampir 2 tahun i fight dgn support family, i gagahkan hati bangkit bentuk hidup baru, smbg blaja balik sampai habis diploma (member satu batch dulu sume dah grad)well sape tahu skrg i mcm skrg, ble i g HUSM Kelantan skrg, nurse2 yang pernah jaga i kat hospital menangis tgk i, sbb memang dia orang jangka i pendek umur...

Well... the moral is, tiap org akan lalui idup sukar & idup best... cuma bezanya takdir kita masing2...
Yang pengting don't surrender coz u can win...

permata hati said...

hai kak aina...hmm memang la kalau teringat masa muda dulu (tua ke aku ni? hehehehe) memang best..yela zaman belajar..permata sekolah biasa je..hehehe maklumla bukannye pandai sgt mak suruh belajar permata malas..hahahahah

tapi yela seronok... permata aktif bersukan memang syok ...permata suka olahraga..slalu jadi wakil sekolah tapi bila lawan sekolah2 lain jadi yang tercorot hahahahhahaha..... tau tak dulu permata ada minat sorang budak laki ni....dia memang olahraga jugak...orang nye cute sgt..heheh setiap kali nk pegi turun padang permata mesti tgk dia...dia berlatih sama dngn permata..sbb acara yang sama 100m lari pecut..hehehe best tau... dia bg semangat kat permata terasa lebih bersemangat...hahahahahah....

andrew...UPM skrg dh tukar Universiti Putra Malaysia...
UM takde dlm list ke andrew...Universiti Malaya...one of the best U in Malaysia...

himawari said...

saya pulak dulu malas nak belajar, setakat lulus je pun dah bersyukur, tak reti nak buat yg terbaekk.. masa kat ITM baru nak struggle semula (jeles jugak dgn kwn2 yg pergi oversea, gi U best2, saya cuma dpt gi ITM je). then bila nak sambung, sian kat parents, kasi laluan pada adik2 pulak. akhirnya mcm ni je life saya.
bila tgk kwn2 lain yg jadi somebody, ada rumah besar2, kereta besar2 mula lah menyesal tak belajar betul2 masa muda remaja dulu. kdg2 malu bila jumpa dorang semua, esp bila part kena tanya 'U buat apa skrg?, keje kat mana?, as apa?'
kalau al-lavendari tak mahu balik pada zaman tu, saya pulak sebaliknya. saya nak kembali semula, nak belajar betul2, bukan sambil lewa mcm dulu tu..

Andrew said...

alala.. permata masa lama terkenang kembali, sapa agaknya budak bertuah tu? hehehe... melayu ker india ker china? boleh more spesific kot? kikikik..

Ala UPM dah tukar ker? "Pertanian" turns to "Putra".

Eh University Malaya tu aku tau no.1 univ in Msia. tapi aku sangkakan sama dengan UKM.. alamak.. kalau cam tu UM la yang ada dalam list tu permata, mana boleh hilang dari list, hehehe. kedua2 nya ada, agak kompius pasal nama aku ni. satu Malaya satu Malaysia..

Aina@Azila said...

Dear my friends,
Jari I cakit lagi.. nnt dah tak cakit i respon kat semua komen yer..

captlukman said...

Uhhhhhhhhhh budak sultanah ASMA rupanya, budak pempuan yg pandai main band. MMg hebat diaora,g STF oun kalah, tapi STF kekwat ah, ye lah budak pandai2 kan, saya budak biasa2 je, sapa awek mana nak tgk... hahahaha

p/s: sedut apa tuh kak sampai sedut jari skali??**larikkkkkkkkkkkkk**