
Alhamdulillah, semalam I dan my habibi selamat sampai ke kampung my habibi, Kota Bharu @ New Castle, Kelantan. Perjalanan sejauh 450km mengambil masa hampir 7 jam..... oh nooo...very bad huh... Begitu la setiap kali menjelang hari perayaan.
Kali ni kite orang balik ikut Bentong - Raub - Kuala Lipis - Gua Musang - Kota Bharu..... Dari Kuala Lumpur sampai ke Kuala Lipis, trafik masih ok. Tapi dari Kuala Lipis (kampung Siti Norhaliza) ke Gua Musang.. Ya Allah, very very slow sebab ada banyak lori yang tak larat nak naik bukit. Lori balak pun banyak kot jalan ni..... Rasanya kalau kura-kura tengok pun dia ketawa, tengok betapa slownya kereta2 dijalan kekekeke...
Tengok laa, spedometer kat kereta menunjukkan speed 11km/h ... Almost sejam, we all mampu pecut antara 10 km/j ke 15 km/jam sahaja. Ini semua gara2 ada lori kat depan. Jalan berbukit dan bengkang bengkok. Susah + bahaya nak memotong kenderaan di hadapan. Sabar jer laa.....
Ini lah pandangan yang sempat I rakamkan..... terhegeh-hegeh lori tu nak naik bukit. Nak memotong, double line pulak. lagipun selekoh tajam, bahaya nak memotong.
Ikutkan I, I lebih suka ikut Lebuhraya Timur Barat. Walaupun jarak perjalanan lebih jauh iaitu lebih kurang 650km (berbanding 450km ikut jalan Bentong-Raub), tapi jalan dia smooth. Dari KL ke Kuala Kangsar ada Plus Highway. Dari Kuala Kangsar ke Grik pun jalan dah lebar, dan highway Timur Barat pun selesa.
p/s: Sepupu my habibi yang balik hari ni (Khamis) kata, hari ni trafik lagi teruk, dia bertolak dari KL jam 6.30 pagi, jam 5.30 petang baru sampai..... 11 jam..Oh my goat....Kat TV tadi kata, slebih dari 1.3 juta kenderaan guna lebuhraya PLUS hari ini. Semua orang nak balik kampung.


8 comments:
salam. saya nak pergi rumah mertua di perlis esok (selasa) dan balik sini (seremban) hari jumaat.agak2 jalan dah clear sikit kot.
Al-lavendari,
Salam, tak leh nak agak jugak, sebab..i pun nak nak balik Kedah esok.. my hubby's cousin yg kawin dgn org Kedah pun nak balik rumah mertua esok... Memang banyak laa kereta on the road. Yg lengang pun KL jer laa hahaha...
Apa2 pun, semoga selamat di perjalanan... biar lambat asal selamat.
test..test.. 1 2 3..
aha..... masuk pon komen saya.. apa pasal kena cantas minggu lepas? network bizi kot? wakakak...
Akak apasal tu tajuk baru "Raya Limited Edition" kat atas tu boleh jadi xnampak gambar? nak tau gak kan kepoh2 kecoh2 masa jumpa keluarga tu kak.
camner raya kat kampong? wow.. mesti seronoknyer.. tiada tandingan beraya kat kampung ya.
ha.. dah nampak pon. ada teknikal error cket tadi.. hehe..
Andrew>
Hahaha.. tu la namanya Limited Edition sebab ada banyak gambar dalam nyer...
Amacam, nampak tak kekecohan dan gamatnya kerenah anak2 sedara akak?
seronok betul suasana raya kat kampung akak tu ya, ada yang cuba kain songket, ada jugak yang bergambar ala ala artis tak tengok camera, tengok ke lain lak, heheh lucu.. ada juga cik adik yang sungguh cantik tu kak, itu yang tidak pakai tudung, alahai... ayu nampak wajahnya, kikikik... lepas tu ada lagi yang satu keluarga bergambar tapi abang sorang tu excited sangat kat depan camera sampai brother dier terhalang, wkaakaka.. tu baru betul-betul big family nyer raya,. bestler..
Andrew,
Yang Andrew maksudkan 'ayu' itu yang pakai baju orange tu yer...Itu bakal doktor, namanya Intan. Unfortunately, dia sudah pun bertunang.... huhuhuhu...
Bila berkumpul ramai2 memang gamat suasana.
Post a Comment