Thursday, September 24, 2009

Kisah di Pagi Raya Ke-1- 2009

Raya tahun ni, I berhari raya di rumah mertua di Kota Bharu (KB). Sebenarnya, suasana beraya di rumah mertua I ni, tak terasa suasana kampung sangat sebab dah dekat bandar... anyway, ini lah kampung suamiku. At least, ada juga kampung kan, berbanding orang yang kena beraya di KL tu...lagi tak ada kampung...ehem ehem...

Raya tahun ni kurang meriah sebab dua dari adik beradik my hubby tak dapat beraya di KB. Adik ipar beraya di Johor, terasa sangat ketiadaan Cik Ayu. Tak pernah Cik Ayu tak beraya sekali, inilah first time dia beraya di rumah mertua dia. Kalau Cik Ayu ada, lagi meriah dengan suara dia bertekak dengan anak- anak sedara yang mulut kepoh. Abang ipar, isteri dan 4 orang anaknya beraya di Kota Kinabalu.


Seperti selalu, pagi raya, bersiap nak pergi solat sunat hari raya. Masa ni la yang lelaki sibuk nak betulkan sampin.
Duit raya dah siap tersedia untk kanak-kanak yang datang beraya. Zaman sekarang tak main laa sen sen... satu sampul tu berisi RM2. Ada 100 paket semuanya. Eh, ini untuk tetamu jer...untuk anak-anak sedara sampul lain. Disebabkan Cik Ila ta cukup duit tahun ni, duit raya diganti dengan top-up credit handphone bernilai RM30 sorang, dengan harapan, anak2 sedara akan telefon makcik makcik die. Yer laa, anak sedara semua ada sorang satu handphone, kecuali Ahmad yg berusia 7 tahun tu.


Menu utama di pagi raya di rumah my MIL tahun ni ialah nasi ayam. Lupa pulak nak ambil gambar selepas dihidangkan. Gambar kue raya pun lupa nak ambil.



Tiga orang anak sedaraku, Along, Azam dan Achik... balik solat raya jer terus tengok handphone. Tak sempat nak masuk rumah.


Acara di pagi raya, ialah bermaaf-maafan...dan off course laa dapat duit raya kan.
Fatin : "Apa laa Cik Ila ni kasi top up jer, orang kasi laa duit"
Me : "Lagi mau komplain kaa...kalau tak nak, minta balik kat Cik Ila"
Ahmad pulak jampuk "Atin, syukur laa orang dah kasi...". Good boy Ahmad.... cam ni laa my nephew.

Anak anak sedaraku..(kecali yang kopiah putih tu...itu Baba die orang). Ahmad, yang paling kecil, yang duduk atas Baba. Tradisi my family, pagi raya, mesti pakai baju sedondon ikut family masing2.


Dah dapat duit raya, happyyyyy.... dari kiri, Athifah, Ahmad, Hafizah dan Fatin...



Lepas tu berjalan ke rumah Mok Tok (nenek kepada my habibi) cuma selang tiga rumah dari rumah my MIL.


Di dapur rumah Mok Tok.


Menu di rumah Mok Tok ialah nasi dagang.

Ketupat daun palas....... tak lengkap raya tanpa ketupat.


Ketupan di sini lain dari tempat lain..rasa pulutnya agak manis. Di dalam ketupat tu dah ada serunding daging. Special kan kan....

Sessi bergambar beramai-ramai. Memang payah nak dapat peluang macam ni. Ini pun tak cukup sebab ada yang balik rumah mertua. Keluarga sebelah my MIL ni banyak kawin dengan orang luar. Percaya tak kalau I katakan, masa berkumpul ni, kite orang tak kecek Kelete (cakap Kelantan). In fact, dah 13 tahun kawin, I masih tak pandai kecek Kelate.


Selepas tu, berjalan ke rumah Mok Su pulak. Rumah Mok Su ni, cuma sebelah rumah Mok Tok. Semua rumah sedara dekat-dekat. Jalan kaki jer sampai. Di rumah Mok Su pun di jamu nasi dagang.

Selepas tu giliran rumah my MIL pulak kena serbu...... juadah di rumah my MIL ialah nasi ayam jer. Amatlah tak special kan....

Abang ipar I yang sorang ni, dia pergi rumah orang pun dia makan. Orang datang rumah pun dia makan.... ish ish ish...

Tambah Najmi tambah.... jangan malu.


Emak-emak saudara dan sepupu my habibi...

Selepas habis group ni, kite orang rehat kejap sementara menanti petang sebab Cik Lah jemput makan sebelah petang. Esok pagi rumah Uncle Mat. Family my habibi ni memang selalu buat giliran. Its good untuk mengelak dari senario kite pergi rumah orang, orang datang rumah kita...at last tak dapat berjumpa.

2 comments:

Andrew said...

akak, top up credit tu voucher isi ulang untuk handphone ker? hmm .. bestnyer RM30 sorang!! wow.. bestla..

Aina@Azila said...

Andrew,
Ya, voucher isi ulang handphone... lumayan kan?

So, Andrew dah tengok sambutan hari raya di Malaysia... cam ner di Indonesia ya?