Sebenarnya, ada banyak lagi yang I nak cerita pasal raya. Tetiba mood tersasar sikit.
A day before yesterday, I menonton berita TV3. Adalah sorang mamat ni (I tak ingat nama dia...maaf yer). Dia bercakap pasal budaya membaca di kalangan rakyat malaysia. Katanya, bilangan rakyat malaysia yang membaca meningkat, dan ini merupakan satu yang positif. Jumpah penerbitan buku Bahasa Melayu juga meningkat. Tapi, tambahnya lagi, yang dikesalkan ialah bahan bacaan yang dipilih. Masyarakat, lebih gemar membeli/membaca novel-novel cinta sehingga memaksa penerbit menerbitkan ratusan jodol novel setiap tahun.
Tambahnya lagi, dari segi surat khabar pula, jualan akhbar pitisan (seperti yang digelar mamat itu) seperti Harian Metro & Kosmo etc meningkat berbanding dengan jualan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian....
Di sini lah I terpanggil untuk mencoret sedikit di blog I ni, sebab I pun terasa juga yang I termasuk dalam golongan ini...golongan yang membeli akhbar yang dikatakan akhbar pitisan.
Sebenarnya, I jarang membeli akhbar setiap hari. Hanya baca melalui online sahaja. I cuma membeli akhbar bila I ke hospital dan kena menunggu, so I akan beli sesuatu untuk dibaca sementara menunggu. Untuk itu, akhbar yang ringan isi kandungan nya menjadi pilihan I. Selama saya membaca akhbar Metro dan Kosmo, tak pulak saya rasa akhbar itu tak berfaedah...
Kepada Utusan Malaysia or I call it "Utusan Meloya" dan Berita Harian or I call it "Berita Hairan", patut membuat kajian, mengapa jualan akhbar mereka merosot? I dah lama tak beli Utusan Meloya sebab setiap kali I baca I rasa meloya. Bila I baca Berita Harian pulak, I jadi semakin hairan. Kok yer pun kau menipu, biar laa logik, jangan sampai pembaca merasakan diri mereka di tipu hidup2. Oleh kerana I rasa kerap merasa tertipu oleh kedua2 akhbar tersebut, akhbar tersebut telah pun di ban di rumah I. Kalau nak baca juga, sekadar tengok kat internet.
Kalau my habibi beli akhbar pun dia akan beli The Star sebab The Star lebih neutral. Kalau I, I lagi laa kedekut...I suka The Sun, sebab ia free... pergi jer kat LRT station, free....
Dari pemerhatian I, I dapat lihat dah kurang bilangan orang yang naik LRT duduk saja tanpa berbuat apa-apa. Senario orang membaca di atas LRT dah jadi perkara biasa. Juga dengar Ipod. I pun dengar Ipod, I dengar surah Yassin surah Al Waqiah kat Ipod..hahaha ko ado?
Cuba pergi ke MPH, Kinokuniya.... orang penuh sentiasa. Majalah juga laris dijual. Pada I, majalah Wanita, Jelita, Nona, Women at Work, Glam etc tu banyak faedahnya. Ia memberi garis panduan cara baik untuk kita menguruskan kehidupan ini. Penyampaian yang mudah, membuatkan ia di gemari. Sesuai sebagai bacaan sampingan.
Dalam kehidupan penuh tekanan seperti sekarang, tak kan nak expect orang akan baca buku yang berat kandungannya. Kalau dah kat tempat kerja stess, balik kerja baca buku yg berat lagi... boleh gila otak. Disebabkan faktor ini, I tak hairan bila novel2 cinta mendapat tempat dihati pembaca. Mambaca sambil merehatkan minda...... I tak nampak ini sebagai satu yang negatif.
Dah tengah malam, I pun tak tau apa yg I merapu kat blog ni... yang penting, I tak setuju dengan komen mamat tu. I cuma setuju dengan dia bahawa budaya membaca sudah meningkat di kalangan masyarakat Malaysia.


8 comments:
Dear Azila,
I agree with you. Suka hatilah orang nak baca jenis bacaan apa pun, janji membaca. Daripada membaca akhbar yang tak berapa nak masuk akal... bukannya ilmiah sangat pun akhbar2 yang disebut tu...ish, aku pulak yang naik bengang.
Dear Ina,
Thanks...sebab baca juga bebelan I yg entah hape hape tu. Yer, macam yg you kata tu, suka hati aa kita nak baca apa pun. Baca blog pun menambah pengetahuan kan, tul tak Ina?
tu sebablah ramai yg tengok cerita Hindustan kerana nak lari dari dunia realiti yang penuh dgn perkara2 yang menimbulkan stress.
bukan akhbar pitisan lah, akhbar picisan !
heee hai kak aina,
yes agreedddddddd
kalau kosmo and metro kita baca pun tk sakit jiwa... cerita ringkas ..padat n ada point... and yang penting banyak cerita kehidupan yg terjadi dikalangan orang yang tk terkenal di mata malaysia..
tapi kalau kita baca utusan melayu and berita harian ....POLITIK politik politikkkkkkkkkkkkkkk
bosann betulll... kalau smalm dh kuar muka dia..ari ni pun sama kuar lagi muka dia..
diorang ni takpaham ke masyarakat lbih gemar cerita pasal kehidupan...mcm kes something2
atleasst kita dapat la tau apa jadi kt org ni...orang tu... atleast kita leh belajar something...
ni kalau surat khabar politik..busann tk berbaloi rasa...
permata pun memang melanggan harian metro ari2...hubby yng beli...then kalau kosmo permata baca online..senang...
permata suka gak baca novel..alaf 21...sbb rasa mcm novel tu slain cerita 2 ada gak ilmu kekadang benda yang kita tak tau pun jadi tau...mcm istilah2 yang fantastik and bombastik ni.hehehehe
alamk panjang plak komen kita
Al lavendari,
thanks for the correction. nonton filem hindi sebab nak lari dari realiti kehidupan. hrmm mungkin jugak betul, (tapi I dah berbelas tahun tak tengok cerita hindi.) Sebagai contoh, kalau nonton movie, I suka filem yg ringan dan kelakar tapi ada masej yg disampaikan, berbanding movie drama. Pecaya tak my director masa I jadi engineer dulu pun baca majalah Mangga dan URTV sebagai bacaan selingan.
Permata>
Agreed, Kosmo dan Metro baca memang santai. Kisah kehidupan.
Akan n Permata, cuba baca novel karya Orhan Pamuk, tau kan kak? sumpah gila keren abizzzz.. pasti pengen beli lagi. penuh dengan pesan2 kemanusiaan..
Andrew>
Really, i shud try that. Tapi, mana nak cari yek?
Post a Comment