Monday, September 28, 2009

Lagi lagi raya....Raya ke-3

Keesokannya, hari raya ke-3, ingat nak bertolak balik ke Kedah awal pagi. Tapi Cik Lah pula buat kenduri akikah dan cukur rambut cucunya yang baru berserta majlis pertunangan Dee. Kiranya two-in-one function laa. Selepas dipujuk oleh Cik Lah, akhirnya my habibi and I setuju ubah rancangan balik selepas zohor.


Selepas solat Zohor, dan lunch di rumah Cik Lah, dalam jam 3 pm, my habibi dan I bertolak ke Kedah. Tapi, sampai kat Machang, jem giler.... 1 jam cuma bergerak dalam 10km saja. Ditambah pula kereta dihadapan tak ada lampu break. As a co-pilot, I was so stressed. Nak memotong dia tak boleh sebab kereta dari arah berlawanan banyak juga. Ikutkan hati nak jer gi turun, gi bagitau kereta hadapan bahawa lampu break dia tak nyala. Tapi, bila fikir-fikir semula, ishh... takut juga... sebab semua orang tengah stress jalan jem, nanti bergaduh tak pasal-pasal.

Jam dah menunjukkan hampir pukul 5 petang. Tengok jalan menghala ke KL agak smooth. I dah give up. I bagitau my habibi "Sayang, kita tak payahlah balik Kedah. I bukannya ada mama dan abah lagi." Tiba2 air mata berderai...

Terfikir juga, berbaloi ker I redah jem ni. Sekarang dah kul 5 petang, pukul berapa nak sampai Kedah? I dah tak ada mama dan abah, tak ada kakak dan abang juga adik, yang nak menanti kepulangan I. I nak balik ke Kedah, sebab nak jumpa bapa-bapa saudara dan emak-emak saudara jer. Adakah mereka menanti kepulangan I, seperti mana, mama dan abah menanti kepulangan I dulu. I dont think so.... mereka pun ada anak menantu sendiri.

I called one of my uncle di Kedah. Rupanya mereka tengah sibuk sebab one of my cousin bertunang pada hari tu. Terus I tersentuh hati. Kenapa I tak di beritahu? Not only me, my habibi pun kata "Kenapa tak bagitau?". Kesedihan tak dapat dibendung lagi. Tanpa berfikir sekali lagi, I kata kat my habibi, "Kita balik KL jer laa". My habibi asked me again to reassure "Are you sure?"... I said, "Positive... dah... patah balik, kita masuk jalan Kuala Krai". "Kalau tak pun, kita balik semula ke Kota Bharu jer, esok pagi balik KL.", sambung I tegas. I memang emosi + stress masa tu. Ditambah lagi dengan panas + penat. Masa tu, I rasa tak bebaloi I nak meredah trafic jem nak ke Kedah yang jaraknya lagi 400km.

Instead of menghala ke arah Barat (which is to Kedah) we changed the bearing toward the South.. ke arah Selatan which is menghala ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, by the time azam maghrib, kami dah sampai ke Gua Musang. Dari Gua Musang ke Kuala Lipis, tak banyak kereta. Inilah pertama kali I melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis di waktu malam. Memang menakutkan dan menyeramkan. Di dalam gelap malam tu, I mengambil kesempatan untuk menangis... I tak suka menangis depan orang. My habibi ingat I dijangkiti selsema. hahaha....

Tiba2 hati sayu, bia memikirkan diri dah sebatang kara. Sama ada menjadi yatim piatu di usia kecil atau sudah dewasa, perasaan tetap sama... I masih terasa, kenapa I tak diberitahu mengenai pertunangan my cousin? Mungkin pak ngah I tak nak I terkejar2 balik ke Kedah.

It s me, setiap kali I teringatkan arwah abah dan mama, I akan depress. Tak dilupa Alfatihah di hadiahkan kepada mereka sepanjang perjalanan. I bersyukur, dikurniakan keluarga mertua yang mengambil berat tentang diri I. All the way, kakak ipar keep calling tanya dah sampai di mana, nak pastikan kami selamat. Ya, I akui kini, apa yang I inginkan ialah perhatian, care.

Alhamdulillah, jam 11 malam selamat sampai rumah. The next day...membuta (tidur) sepanjang hari.....

10 comments:

al-lavendari said...

ustaz saya kata, salah satu cara untuk memanjangkan umur ialah dengan usaha menyambung silatulrahim. itu ustaz yang cakap. Saya pun kalau jadi awak, saya pun tak sanggup nak redah jem tu ... bukan tak nak ziarah tapi jalan jem nak buat macam mana. nanti entah2 apa jadi pulak. tentang tak bagi tahu pertunangan tu, kena baik sangka. mungkin mereka terlepas pandang atau mungkin dia buat kecik2 je. tak nak menyusahkan awak. nanti kenduri kawin mereka jemputlah tu. saya pun kalau kenduri kecik2 tu, tak dijemput lagi suka. sebab kalau dah di jemput, lagi susah hati kalau tak dapat pergi.

Aina@Azila said...

Hrmmm betul, you memang rasional. Saya pun fikir cam tu gak. Just masa tu, penat + stress, nak kena redah jem pulak. Hati mudah tersentuh.

Lagipun, sehari sebelum puasa ari tu dah balik Kedah, cuma sempat pegi dua dari rumah sedara.

Just..entahlah Al Lavendari, bila tak ada emak ayah, raya2 ni rasa sensitif semacam...

Ina said...

Dear Azila,

Allah tu kan Maha Besar... kita yang yatim piatu ni, diberikan keluarga mentua yang baik dan memahami... alhamdulillah... Take care, okay!

Andrew said...

Sedih juga dengar citer akak. Hmm... kalau nak ikutkan hati meredah jem tu memangla dapat kak, tapi kalau difikir2 sebelum Ramadhan kan akak dah balik Kedah. so saya fikir tak salah keputusan akak patah balik KL.

Betul kata Sis Ina tu kak, kasih tak putus dari mana2 orang, mereka suma yang akan menggantikan untuk bagi kasih sayang pada akak, walau tak sama dengan kedua ibu bapa.
yang penting akak selalu panjatkan doa untuk kedua almarhum agar selalu mendapat tempat disisi-Nya.. dan beliau pasti akan tersenyum di atas sana melihat akak bahagia bersama keluarga..

amiey lee said...

ye betul kak...lain orang lain kasih nye...akak kira bertuah dapat perhatian dari keluarga mentua..keluarga mentua akak baik suma.......... tak semua dpt keluarga mentua dn ipar yang baik..tak semua bernasib baik macm akak tau...

Andrew said...

akak, nanti saya citer pengalaman masa mendaki dalam jem kat Taman Safari Puncak, keta my cousin berasap sebelum masuk area singa.. hmm.. nanti ya time balik outstation saya citer..

Aina@Azila said...

Ina>
Thanks a lot... u memang memahami.. Syukur sangat, dapat keluarga ipar yg rapat....*hug

Andrew>
Tq. Kadang-kadang, kesedihan itu perlu diluahkan... blog adalah satu-satunya tempat meluahakn rasa hati. Kadang2 tu terlebih emosi huhuhu... Biasa laa manusia kan?
Wow, Andrew dah outstation? Sama laa dgn hubby akak. Hari ni dah outstation.

Permata>
Hrmm... betul tu. Luahkan di blog memang bagus, ada kawan2 buat kita dapat berfikir semula secara rasional. Kadang kala, emosi menguasai diri... Ya, akak memang bertuah. Syukur ke hadrat Allah.

Anonymous said...

tak yah sedih2..nanti saya tunang, saya jemput awak..hehehheheh

Aina@Azila said...

Atacha>
Awak nak betunang...huhuhu...lagi laa saya sedih kalau awak bertunang.. susah laa saya nak kidnap awak hhuuhuhu..sedih sedih.. *hiks

Anonymous said...

Org jauh

dtg raya rmh k....jgn sedih2 tau!


~msboogie~