Monday, September 28, 2009

Lagi lagi raya....Raya ke-2

Tak habis lagi kisah raya. Ini pulak kisah hari raya ke-2. Kalay hari raya pertama, kami hanya berkunjung ke rumah yang dekat-dekat. Hari raya ke-2, ke rumah2 yang agak jauh. Tradisi family ini setiap tahun, kami mesti konvoi dari rumah ke rumah. Tahun ni cuma 3 kereta saja.

Destinasi pertama, open house di rumah Uncle Mat. Ramai yang datang, saudara dari sebelah Uncle Mat dan sebelah Cik Ni, sampai ada kereta yang terpaksa parking di jalan luar.


Nasi kerabu menu utama...


Bahan2 nasi kerabu.... ikan masin dan kelapa parut.

Taugeh, kacang panjang, bunga kantan dan timun.



Solok lada....



Daging bakar......

Nasinya berwarna kuning....


Ikan kering dan telur asin.


Tak lengkap kalau tak ada keropok ikan dan budu....

Destinasi berikutnya, ke Mulung. Pertama sekali ke rumah Mak Su.



Selepas tu ke rumah Chik. Chik sedang sibuk buat persiapan majlis perkahwinan anak lelaki bongsunya. Puas dia pujuk I ajak pergi berlarak ke rumah pengantin perempuan pada hari Rabu... tapi, I nak balik Kedah.



Sampai ke tangga Chik ajak lagi.... terharu sangat.



Lepas tu ke rumah Mak Ngah pulak.... masa ni anak anak Mak Ngah semua keluar beraya. Tinggal Mak Ngah dan Pak Ngah jer. So, kite orang kata, tak payah hidang apa-apa laa... Kesian pulak kat Mak Ngah yang sakit lutut. Hanya berbual-bual, bertanya kabar bersalam-salaman... mengeratkan tali kekeluargaan.


Terakhir sekali, ke rumah Pak Din. Dah jadi kebiasaan, rumah Pak Din ni mesti pergi last sebab isteri dia mesti nak suruh kite orang makan nasi. Kebetulan Mak Cik (isteri Pak Din) pun masak nasi kerabu.

Pada malam raya ke-2, Baba, Along, Azam, Athifah dan Hafizah bertolak balik ke KL. My habibi sorang jer gi hantar die orang ni ke airport. Alaaa..bukannya die orang tak biasa kat airport tu. Tinggal jer, pandai pandai la sendiri kan...

Dah berkurang isi rumah yang mulanya riuh rendah. Yang tinggal, Ummi, Achik, Fatin, Ain dan Ahmad.... and off course myself and my habibi.














7 comments:

Andrew said...

akak seronok betul raya keluarga akak yer.. masatu akak ada tanya camner raya kat Indo. hmm... masa ni kami sekeluarga tak balik kampung ke Riau, kalau balik mesti suasana raya meriah macam kat Msia juga.

raya ni kami ada 4 keluarga besar, tapi satu keluarga lagi balik kampung ke East Java. so 3keluarga jer konvoi ke Puncak.

tapi memang masih kurang meriah kak dibandingkan dulu bila beraya di Riau. semer big family kumpul n kita sewa bas supaya dapat angkut suma orang pegi rumah sedara mara, arwah nenek masatu tak benarkan pakai keta.. hehehe...

akak tanya cket ar.. kata2 nasi kerabu tu terus terngiang kat telinga.. hehe.. tingin sangat nak cuba. adakah ianya boleh didapati di mana-mana kedai makan kat Msia?
sure next trip to KL saya nak cari. meleleh tau liur ni kak..
biasa bila lawat KL saya meronda makanan sekitar Pudu Raya jer, mudah2n ada kat sana..

amiey lee said...

hee sedapnya nasi kerabu............alahai sukanye daging bakar tu.kak aina wat la open house kitorang nk dtg ni...nk collect duit raya..hahaha

Andrew said...

Permata nak collect duit raya? saya nak ikut sama join. hmm... boleh.. boleh.. boleh... tapi saya kasi kat Qaisarah jer ye.. heheh..

Aina@Azila said...

Andrew,

Nasi kerabu ni memang sedap, kurang kolesterol + banyak khasiat. Memang susah nak dapat di KL. Rasanya dulu kat KLCC ada jual. Kalau datang ke KL, let me know. Akak bawa Andrew gi cari nasi kerabu.

Wow, meriahnya raya di Riau...siap sewa bas. So, tahun ni beraya di Puncak? Bestnyer...sejuk. Akak suka restoran apa nama die yer... ala yang di hadapan dia taman tu. Juga, masjidnya sungguh istimewa.

Permata>
Open house? Huhuhu... Hubby akak dah gi outstation laa Permata. Lagipun akak memang jarang buat open house sebab hubby akak memang tak friendly huhuhuhu..

Andrew said...

aha... sampai juga akak kat Puncak tu yer? banyak resto-resto kat Puncak tu kak, tapi yang terkenal dan i am sure yang akak maksudkan tu restoran Rindu Alam, betul kan?.. mesjid yang tersergam tu mesjid At-Ta'un...

Aina@Azila said...

Sampai ke Puncak... restoran yang akak maksudkan namanya Mel Rimba..

see my entry http://ainafarhana.blogspot.com/2008/12/jalan-lagi-part-3.html

Andrew said...

aaa... Mel Rimba namanya, saya tak pernah kesana kak, nampaknya kat Puncak Pass yer? bila akak nak lawat Jkt lagi?